KUCHING: Inginkan bilik mandi mewah berkualiti dengan harga berpatutan yang kini produknya telah mengakses pasaran dunia?
Jikalau ya, maka rebutlah peluang keemasan untuk mengunjungi Big Bath dari 9.00 hingga 11.00 pagi sehingga 12 Februari ini untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi aksesori bilik mandi berwarna hitam dan keemasan.
Bersempena dengan pembukaan Big Bath hari ini, pembeli yang ingin memiliki tab mandi mewah juga bakal menikmati harga promosi sehingga 40 peratus.
Promosi bermula hari ini hingga 12 Februari ini juga menawarkan aksesori bilik mandi dan dapur bertaraf lima bintang pada harga serendah RM9.90.
Pembelian secara pukal untuk besen mewah dan paip turut diberikan tawaran.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Big Bath Sdn Bhd, Poon Fong Yee berkata, orang ramai akan mendapat diskaun dan promosi hebat bagi keperluan dan perkakas rumah semasa pameran tersebut yang bermula semalam hingga 12 Februari ini.
Katanya, semua keperluan rumah seperti tab mandi, pilu, sinki dapur, kabinet, cermin dan sebagainya dijual pada harga mampu milik.
Menerusi pameran tersebut, orang ramai dapat melihat demonstrasi produk secara langsung (live), konsultasi satu kepada satu (one-to-one), perkhidmatan dan perlindungan selepas jualan premium serta jaminan pada produk terpilih.
Promosi ini hanya tersedia di Big Bath Sarawak yang bertempat di Block 2, Lot 1629, Seksyen 64, Lorong Sebor, Off, Jalan Kwong Lee Bank, 93450 Kuching, Sarawak dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
“Kami berharap kehadiran kami di Sarawak, Big Bath dapat memberi kemudahan kepada semua pemilik rumah dan rakan kongsi perniagaan untuk sejajar dengan visi kami untuk menyediakan pengalaman bilik mandi berkualiti mewah yang mampu dimiliki oleh seluruh dunia.
“Lebih-lebih lagi jika anda daripada bidang reka bentuk dalaman, arkitek dan pemaju anda juga dialu-alukan untuk berbincang dengan kami kerana kami sentiasa mencari peluang untuk membina kerjasama dalam industri ini,” tambahnya.
Big Bath, Pakar Bilik Mandi dan Dapur No.1 Malaysia dengan lebih 11 bilik pameran di seluruh dunia adalah yang pertama tersenarai memiliki Bilik Pameran Alat Kebersihan Mudah Alih pada 2022 oleh The Malaysia Book of Records.
Big Bath Sdn Bhd diasaskan pada 2010 dan akhirnya melebarkan sayap perniagaan di Malaysia iaitu Bumi Kenyalang dengan keluasan bilik pameran 12,000 kaki persegi, cawangan kedua terbesar seumpamanya selepas cawangan di Sabah.
Berkembang sebagai pakar bilik mandi dan dapur sehenti yang terkenal di Malaysia, pelancaran premis telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, turut disaksikan oleh Pengasas Big bath Sdn Bhd Shane Mun.
Oleh RYNNA SHA’ERRA