Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bieber, Madonna, Shakira dan BTS meriahkan persembahan separuh masa final Piala Dunia
  • HIBURAN

Bieber, Madonna, Shakira dan BTS meriahkan persembahan separuh masa final Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
JUSTIN Bieber, Madonna, Shakira dan BTS gegarkan pentas separuh masa final Piala Dunia 2026

ZURICH: Justin Bieber akan menjadi antara artis utama yang mengadakan persembahan pada pertunjukan separuh masa final Piala Dunia bersama Madonna, Shakira dan kumpulan dari Korea Selatan, BTS, umum FIFA pada Rabu, lapor PA Media/dpa.

FIFA memaklumkan bahawa “bola sepak, muzik dan impak sosial akan disatukan dalam pertunjukan separuh masa final Piala Dunia FIFA yang julung kali diadakan” di Stadium New York New Jersey pada Ahad, 19 Julai.

Penyanyi Nigeria, Burna Boy turut akan membuat persembahan dalam siaran selama 11 minit pada waktu rehat perlawanan, bersama konduktor Venezuela Gustavo Dudamel, PS 22 Chorus dan Coldplay.

FIFA berkata pertunjukan separuh masa itu akan menyokong Dana Pendidikan Global Citizen, iaitu inisiatif yang menyasarkan kutipan dana sebanyak AS$100 juta bagi “memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang bermain bola sepak untuk kanak-kanak di seluruh dunia.”

Watak-watak daripada Sesame Street dan The Muppets turut akan memeriahkan persembahan. 

PERSEMBAHAN separuh masa itu memanfaatkan Dana Pendidikan Global Citizen FIFA, iaitu satu inisiatif yang berusaha mengumpul dana sebanyak AS$100 juta untuk kanak-kanak di seluruh dunia sepanjang Piala Dunia. Foto AFP

FIFA berkata lebih AS$50 juta telah berjaya dikumpulkan setakat ini, termasuk sumbangan sebanyak satu dolar AS daripada setiap tiket perlawanan Piala Dunia yang dijual bagi menyokong projek-projek sosial di seluruh dunia.

“Apabila bercakap tentang apa yang diperlukan dunia, tiada yang lebih penting daripada pendidikan.

“Kami berbangga Justin Bieber menyertai Madonna, Shakira dan BTS sebagai artis utama pertunjukan separuh masa final Piala Dunia FIFA 2026 bagi menyokong Dana Pendidikan Global Citizen FIFA dan misi kami untuk memperluas akses kepada pendidikan berkualiti serta peluang bermain bola sepak kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

“Ketika dunia bersatu menyaksikan perlawanan bola sepak paling berprestij dalam sejarah pada Ahad, 19 Julai di Stadium New York New Jersey, persembahan bersejarah yang diterajui Chris Martin daripada Coldplay ini akan meraikan bola sepak, muzik dan nilai-nilai bersama, sekali gus meninggalkan legasi yang melangkaui wisel penamat,” kata Presiden FIFA Gianni Infantino. – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Kecederaan buka ruang Intan Serah kembali ke dunia seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.