SERAMAI 33 calon mewakili tujuh parti politik termasuk seorang calon bebas bertanding di lapan kerusi majoriti pengundi kaum Bidayuh pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.
Ia agak sengit apabila berlaku saingan enam penjuru di DUN Opar, lima penjuru di DUN Serumbu, Mambong, Tebedu dan Tarat serta empat penjuru di DUN Kedup dan Bukit Semuja.
Kupasannya bersama Moderator yang juga Penasihat Editorial Kumpulan Jiwa Bakti dan Utusan Sarawak/Mingguan Sarawak Kadir Dikoh dengan panel yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Bukit Semunja, John Illus dan Pensyarah Kanan Falkuti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Novel Anak Lyndon.
Berikut adalah antara kupasan isu tersebut;
PRN Sarawak : Perebutan kerusi majoriti Bidayuh sengit?
KADIR DIKOH: Selaku penyandang DUN Bukit Semunja, setakat ini apa pencapaian dan sumbangan saudara sejak dipilih sebagai ADUN pada 2016?.
JOHN ILLUS: Terima kasih kepada pucuk kepimpinan GPS kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk dicalonkan semula di kerusi DUN N23 Bukit Semunja. Saya telah pertama kali untuk dipilih mewakili N23 Bukit Semunja apabila persempadanan pertama kali dibuat. Saya merasa pembangunan dan perancangan yang dibuat di kawasan itu masih belum mencukupi kerana masa yang terlalu singkat iaitu selama lima tahun.
Namun demikian kita (Kerajaan Sarawak) telah berusaha dari segi pembangunan infrastruktur dan utliti salah satu manifesto pada tempoh hari atau pada 2016 adalah supaya bekalan elektrik dan air sampai ke setiap kawasan atau sampai ke setiap kawasan setiap rumah panjang, atau perkampungan di DUN ini.
Saya bersyukur kerana setiap usaha kita berjaya dan our last mile dari segi bekalan air terawat ialah di Kampung Merakai di mana projek rakyat berjaya dilaksanakan dan telah dirasmikan oleh Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi tempoh hari. Untuk yang lain saya melihat dari masa ke semasa khususnya projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) contohnya kita melakukan dengan baik khususnya kita cuba meningkatkan ekonomi dengan membina jalan pertanian supaya perhubungan sebelum ini menggunakan jalan kaki dapat dinaik taraf untuk memudahkan petani-petani kita menjalankan aktiviti pertanian.
Dan juga kita berusaha memastikan apa yang dirancangkan oleh kerajaan dari segi bantuan rumah ibadat melalui Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) khususnya di Bukit Semunja telah menyenaraikan lebih 30 institusi menerima bantuan bernilai lebih RM3 juta dan terakhir kita serah cek bernilai RM1 juta untuk Tadika Juara khusus untuk membina baru bangunan tadika itu di bawah Roman Catholic.
Sudah tentu yang lain dari segi sosial memang jalankan dari masa ke semasa dan program-program pertanian di bawah Tabung Pemudahcara Pertanian (AFF) pun kita laksanakan bersama Jabatan Pertanian melalui Biro Pertanian yang kita adakan.
KADIR DIKOH: Ada lapan kerusi majoriti Bidayuh semua di luar bandar, apa sebenarnya cabaran utama di hadapi penduduk di situ?
DR. NOVEL: Sepanjang saya membuat kajian di lapan kawasan di DUN yang diberikan kepada kerusi Bidayuh, antara cabaran utama sentiasa menjadi perhatian mereka (penduduk Bidayuh) adalah pembangunan. Sebab ia merupakan luar bandar, jadi apa yang diperlukan di sini adalah pembangunan fizikal membina infrastruktur dan membina jalan.
Kedua adalah pembangunan sosial, sebab kalau kita lihat di luar bandar banyak bakat, yang berjaya masuk ke menara gading namun persoalannya bagaimana cara kita nak memastikan mereka menyumbang kepada setiap kawasan, yang ditandingi oleh calon-calon Bidayuh.
Seterusnya ialah projek pertanian sebabnya ialah kekuatan mereka adalah pertanian, bagaimana kita nak bantu mereka memasarkan produk pertanian membantu memperkasakan sektor pertanian dan kemahiran mereka. Yang diperlukan oleh mereka adalah bagaimana mereka boleh akses jalan pertanian.
Jadi saya harap wakil-wakil rakyat yang mewakili Bidayuh nanti supaya fokus kepada pembangunan luar bandar, membangunkan fizikal dan kebolehsampaian terhadap internet sebab pencapaian internet di kawasa luar bandar sangat-sangat susah diakses malah penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk capai akses internet.
KADIR DIKOH: Apa perancangan seterusnya untuk membawa pembangunan di Bukit Semuja?
JOHN ILLUS: Infrastruktur merupakan salah satu kekurangan yang ada di kawasan kita sungguhpun kita dihubungi dengan jalan daripada bandar sehingga ke kampung, tetapi, tempat pertanian kita akui kawasan kita tanah yang luas dan subur dan kita sedia maklum zon kita di selatan ini sebagai pusat pengumpulan makanan (food basket) jadi kita hendak perkasakan program pertanian secara komersial.
Kita telah dihubungi oleh pihak-pihak yang bergiat dalam bidang pertanian ingin membuka program pertanian aktiviti pertanian bersama penduduk sebab bagi saya untuk membangunkan aktiviti pertanian harus melibatkan dua pihak satu pemain industri dan dua penduduk atau pemilik.
Kedua dalam pertanian ini adalah kita sedaya upaya menarik penduduk supaya menggunakan tanah-tanah kosong sebagai projek berasaskan komuniti. Kita merancang program melihat kepada tiga jenis perancangan sama ada jangka pendek, panjang dan sederhana.
Jadi ini akan melibatkan pemain industri dan mereka yang boleh membantu pihak kita melakukan aktiviti seumpama ini. Saya fokus kepada pertanian sebab kawasan tanah luas. Kita fokus satu aspek dahulu.
KADIR DIKOH: Kawasan majoriti Bidayuh berdepan pelbagai masalah prasarana jalan pertanian terutama di Kedup dan Tebedu, masalah pengangguran contohnya di Serian, bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?
DR. NOVEL: Masalah graduan menganggur ini merupakan isu besar di negara kita, dengan keadaan pandemik dan sebagainya.
Saya merasakan ia merupakan isu besar tetapi untiuk Serian saya merasakan perlu juga wakil-wakil rakyat di kawasan itu nanti memikirkan apakah projek pembangunan yang boleh menarik graduan bekerja di Serian. Mungkin boleh difikirkan tentang sektor kelapa sawit.
Masalah ini sering kali menghantui belia dan graduan, jadi mungkin wakil-wakil rakyat nanti menjadi calon mereka mewakili mereka mungkin boleh memberi latihan kemahiran berterusan dan boleh memberi ruang kepada mereka peluang pekerjaan sehingga di luar Malaysia.
KADIR DIKOH: Jika anda dipilih sekali lagi, apakah cara terbaik untuk membawa perubahan pembangunan dan menyelesaikan masalah pengganguran dalam kalangan belia khususnya?
JOHN ILLUS: Kalau kita diberikan mandat sekali lagi kita melihat kepada manifesto yang dibawa ialah fokus untuk pembangunan tetapi juga kita melihat secara keseluruhan di kawasan kita.
Kita sebagai ADUN ada 17 teras diberi kepada kita untuk kita isi atau capai dalam tempoh setiap tiga bulan.
Salah satu ialah permohonan dan keinginan penduduk di kawasan kita khususnya seperti pelaksanaan projek dan luahan mereka tentang permasalahan yang melanda.
Dan apabila kita gabungkan sesuatu ini kita melihat ada kaitan antara isu ini. Seandainya kita dipilih sekali lagi saya rasa jurang itu kita dapat baiki sebab saya melihat kerajaan GPS mengutamakan pembangunan dan dibawa selari dengan permasalahan yang saya lihat menyeluruh di seluruh Sarawak.
Berkaitan dengan peluang (pekerjaan) dan pembangunan saya rasa ia selari dengan apa yang terkandung dalam manifesto GPS.
Apabila kita dipilih lagi semestinya perancangan kita selama ini akan dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi untuk memberi kemudahan dan peluang kepada rakyat sebab perancangan kita sudah ada cuma bagaimana hendak melakukan perkara itu sahaja.
KADIR DIKOH: Tanah NCR. Saya diberitahu pemilik tanah sukar membuat pinjaman bank sebab tanah tiada geran begitu juga program pinjaman Tekun. Masalah ini dikatakan berlaku di Tebedu, Kedup, Opar dan sebagianya. Isu ini juga dimainkan oleh pembangkang dan macam mana cara menyelesaikannya?
DR. NOVEL: Isu tanah sejak kecil lagi isu ini sudah berakar rumbi dimainkan oleh pelbagai parti-parti politik yang bertanding. Cuma apa yang dibangkitkan ialah tentang mengapa surat hak milik tidak diberikan kepada orang Bidayuh. Ini isunya.
Isu kedua adalah bagaimana kita hendak beri surat hak milik tanah ini kepada orang Bidayuh adakah menggunakan perundangan ataupun kita kena gubal undang-undang dan dibahaskan di DUN kerana kuasa tanah adalah kuasa Kerajaan Negeri.
Ketiga adakah kita gunakan tafsiran tentang hak milik tanah ini berdasarkan tafsiran masyarakat. Kerana harus ingat bahawa sebelum hendak membuat sukat tanah kita harus pastikan pemilik-pemilik tanah itu menyelesaikan masalah pribadi dahulu sebelum dibawa kepada Jabatan Tanah dan Survei.
Cuma menjadi perosalan adalah bagaimana kita nak memastikan dua pihak yang bertelagah memastikan sempadan tanah dapat diselesaikan secara individu dulu sebelum dibawa kepada wakil rkayat untuk dibawa kepada CM.
Saya nampak isu ini dimainkan sebab perkara itu mengambil masa agak lama dan bukannya mudah menyelesaikannya. Isu ini sensitif terutama kepada orang Bidayuh sebab ia berkaitan dengan darah. Persoalan sekarang ini adalah bila agaknya hendak bagi surat hak milik tanah kepada orang Bidayuh? Kalau sudah sukat, setakat mana sekrang ini? Ketiga ialah berapa lama jumlah masa diperlukan untuk pastikan mereka dapat surat tanah NCR.
Saya sarankan kerajaan menasihati rakyat bahawa sekarang ini permohonan sudah di peringkat mana dan sebagainya. Mungkin boleh memberikan penerangan atau forum kepada penduduk berhubung isu tanah. Isu utama adalah tentang sempadan. Selagi ia tak dapat selesaikan Jabatan Tanah dan Servei pun tak boleh bantu.
JOHN ILLUS: Saya setuju apa yang prof beritahu sebab kita di kawasan Bidayuh melalui Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) kita telah suarakan isu ini kepada pihak atasan sebab proses yang dibuat DBNA membuahkan hasil.
Kita di lapan DUN Bidayuh telah berjumpa dengan CM (Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bersama Jabatan Tanah dan Survei untuk berbincang isu ini.
Sebab kita sudah ada jawatankuasa khas untuk tujuan ini. Sebenanrnya porses ini tengah berjalan cuma mengambil masa khususnya di setiap kawsan Bidayuh memang ada pasukan yang mengurus cuma sebab Covid ia melambatkan proses di lapangan menjadi cabaran kepada mereka yang terlibat. Sudah tentu proses pertama melalui DBNA dan kemudian baharulah kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei.
KADIR DIKOH: Saingan sengit apabila berlaku saingan empat dan lebih enam penjuru di lapan DUN Bidayuh. Jika difikir secara rasional hanya parti GPS mampu membawa kemajuan dan pembangunan terutama di luar bandar? Apa pendapat YB?
JOHN ILLUS: Kita lihat dari segi baru-baru ini di kawasan lapan kerusi DUN bidayuh salah satu daripadanya telah berpindah dari BN kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB) iaitu Datuk Ranum Mina di DUN Opar.
Jadi kita lihat apa yang berlaku selepas Datuk Ranum bersama PSB kita lihat dari segi bantuan, pembangunan apa yang diberi kerajaan kepada rakyat di sana. Jadi sebab itu kita harap semua kerusi DUN Bidayuh harus diberi kepada kerajaan GPS kerana setakat ini GPS sahaja dapat membangunkan kawasan kita. Lihat dari segi projek-projek yang telah atau peruntukan diberi kerjaaan, misalnya RTP MRP AFF dan banyak lagi, baik pulih rumah.
Kalau satu-satu DUN dimenangi pembangkang, kita akan ketinggalan (pembangunan) selama lima tahun itu secara peribadi saya lihat. Dan pemabngunan yang lain seperti projek rakyat termausk UNIFOR juga akan terbantut, . Berbalik kepada DUN Opar, malah MP (Ahli Parlimen) dari PH (Pakatan Harapan) ada di sana, rakyat di sana tidak menerima bantuan dan pembangunan yg sepatuttnya sama ada dari Persekutuan atau negeri. Itu salah satu contoh yang kita boleh lihat secara kasar dan mendalam oleh masyarakat Bidayuh.
KADIR DIKOH: Mungkin lepas GPS diberi mandat semula, kita tonjolkan pemimpin Bidayuh dalam kabinet negeri misalnya inilah penganti Datuk Amar Micheal Manyin untuk pastikan masyarakat Bidayuh bersatu?.
DR. NOVEL: Saya nampak begini, Datuk Amar Micheal Manyin merupakan simbol perpaduan kaum Bidayuh. Cuma apabila beliau mengundurkan diri, menjadi persoalan siapa yang akan mengantikan beliau.
Justeru sekiranya mandat diberikan semula kepada GPS nanti, diharapkan agar Ketua Menteri dapat memberikan jawatan tinggi kepada wakil-wakil pemimpin Bidayuh seperti Datuk Henry Harry Jinep, John Ilus dan sebagainya.
KADIR DIKOH: Apabila Datuk Amar Micheal Manyin mengumumkan pengunduran diri, masyarakat Bidayuh kehilangan seorang menteri kanan dalam kabinet, andai GPS diberi mandat, mungkin perlu wakil Bidayuh untuk mengisi kekosongan itu?
JOHN ILLUS: Apabila Datuk Amar (Michael Manyin) mengumunkan persaraan beliau kita tertanya-tanya siapa akan jadi kita punya pemimpin pada masa akan datang, dari segi jawatan di Kabinet.
Saya bagi diri saya kerajaan harus pertimbangkan pemimpin seorang dua dalam Kabinet daripada Bidayuh, mungkin juga boleh dilantik sebagai menteri muda dan sebaginya. Sungguhpun ada 8 kerusi kita harus bekerjasama supaya kita dilihat teguh, apabila kita dilihat bersatu suara kita didengar. Yang penting sekrang ini kita bersatu di peringkat Bidayuh harus kukuh supaya kita boleh bersuara supaya GPS jika diberi mandat nanti, bukan seorang mungkin dua wakil dari Bidayuh pegang jawatan tinggi inilah yang kita hendakkan.
KADIR DIKOH : Keseluruhan dalam GPS ada juga kawasan tertentu terutama pemilihan calon ada kelompok tertentu tidak suka, bukan senang memuaskan hati semua? Adakah ini berlaku di kawasan Bidayuh?
JOHN ILLUS: Tiap kali di mana-mana DUN PRN ketika pemilihan calon menjadi satu tugas berat kepada pemimpin kita kerana pernah terjadi di kawsan Bidayuh pada 2018. Ini meruapkan sejarah dimana kita kehilanhan kerusi pada masa itu.
Jadi kali ini saya harap 8 kerusi ini memang ada saingan sengit, namun demikian kita harus akur dengan pilihan pemimpin yang terbaik sebab dimaklumkan tapisan sudah dibuat begitu rapi, dalam memastikan kerusi kita selamat. Jadi saya melihat kawasan kita agar kita tidak pecah khususnya dalam keadaan ini dimana keadaan politik Sarawak sekarang ialah arah tuju yang dibuat oleh parti GPS menjurus kepada kesinambungan pembangunan di Sarawak.
Jangan kita sia-siakan walaupun ada sedikit pergolakkan seandainya adalah, jadi saya harap, pihak terlibat melihat secara menyeluruh agar kita tidak tertinggal dari apa-apa sektor pembangunan dan sebaginya.
KADIR DIKOH: Mampukah GPS mempertahankan kerusi Bidayuh? Bagaimana kerusi Tebedu penganti Micheal Manyin?
DR. NOVEL: Sudah tentu mampu tetapi untuk calon baharu dia perlu bekerja dua kali ganda atau tiga kali ganda sebab untuk mewarisi legasi bukan calang-calang orang kerana beliau (Manyin) merupakan tokoh Bidayuh.
Jadi calon di Tebedu dan Opar perlu bekerja keras dalam masa singkat ini cuba menyantuni rakyat di kawasan mereka dengan cara agresif dan cuba menonjol diri bahawa mereka boleh meneruskan legasi pemimpin terdahulu.
Saya yakin 8 kerusi boleh menang dan mungkin di kawasan baru akan merosot dan mungkin tidak ia sebenar nya bergantung kepada usaha calon tersebut. Saya yakin GPS boleh menang 8 kerusi Bidayuh.
KADIR DIKOH: Micheal manyin pernah berkata jangan lihat muka calon tapi lihat lambang GPS
JOHN ILLUS: Kita akui apa yang diungkapkan Datuk Amar kita Bidayuh harus bekerjasama bekerjasama dari segi politik. Kita lihat apa kerajaan telah lakukan untuk kaum Bidayuh kita lihat sumbangan atau bantuan atau sokongan yang diberi kepada kita Bidayuh seperti penghormatan dan sebagainya. Kita lihat apa yang kita kecapi selama ini apa yang kita telah buat.
Saya merasa rakyat khasnya kaum Bidayuh harus berterima kasih kepada kerajaan GPS yang banyak membantu contoh NCR land kerajaan sedang membantu dan akan teruskan program ini kepada kita.
Lihat bantuan lain seperti Serian sebagai bahagian macam mana kerajaan menaik taraf Serian kepada bahagian itu adalah hadiah besar kepada kita di Serian. Kita mesti lihat secara menyuluruh sumbangan kerajaan kepada kita.
Sudah tentu dari segi komuniti kita sendiri, kita dekat dengan Kuching kita lihat apa kurang di kawasan kita memang liputan internet ketara tapi perancangan memperbaiki masalah ini memang ada tapi ia ambil masa.
Kita syukur Ketua Menteri mengambil alih pentadbiran dia terus usaha kan Ekonomi Digital sebagai persediaan kita apabila Covid-19 melanda kita dapat melihat pentingnya Ekonomi Digital itu kepada kita. Jadi saya harap orang Bidayuh di lapan kerusi terus menyokong kerajaan demi kesinambungan pembangunan di Sarawak.