Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • “Biar masa buktikan,S’wak hilang hak atau tidak”
  • TEMPATAN

“Biar masa buktikan,S’wak hilang hak atau tidak”

Utusan Sarawak 4 years ago
JAWAB MEDIA … Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan 10 Tahun Maahad Tahfi z Tun Abdul Rahman Ya’kub Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah, di Kuching semalam.

KUCHING: Tidak perlu berdebat, biar masa membuktikan sama ada Sarawak akan terus kehilangan haknya atau tidak dalam Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) antara Kerajaan Negeri dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ia adalah sikap tenang yang diambil oleh Abang Johari terhadap kritikan yang dilemparkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How terhadap Kerajaan Negeri yang percaya majlis menandatangani CSA antara Kerajaan Sarawak dan Petronas pada 7 Disember menjejaskan hak negeri.

“Masa akan memberitahu, sama ada betul atau tidak. Kita tidak perlu berdebat kerana kita sudah mempunyai hak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan 10 Tahun Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’adzam Shah, di sini semalam.

Terdahulu, See menyatakan kekecewaannya bahawa hak kerajaan Sarawak telah berubah dalam CSA.

Ujar See, apa yang paling mengecewakan dan tidak dapat diterima oleh semua rakyat Sarawak adalah kenyataan bahawa kerajaan negeri telah mengakui konstitusionalitas dan legalitas penerapan peruntukan dalam Petroleum Development Act (PDA) 1974.

Kerajaan Sarawak dan Petronas menandatangani CSA pada Isnin lalu mengenai isu-isu yang melibatkan cukai jualan dan undang-undang perlombongan minyak negara.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Mattary diambil alih MIS
Next: 2,829 hektar tanam varieti padi moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.