Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Beyonce, Venus Williams, Nicole Kidman bersama-sama mempengerusikan Met Gala 2026
  • HIBURAN

Beyonce, Venus Williams, Nicole Kidman bersama-sama mempengerusikan Met Gala 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
VENUS Williams, Beyonce dan Nicole Kidman.

NEW YORK: Bintang muzik Beyonce, legenda tenis Venus Williams dan pelakon pemenang Oscar Nicole Kidman akan mempengerusikan Met Gala 2026 pada 4 Mei bersama Anna Wintour dari Vogue, demikian menurut pengumuman Muzium Seni Metropolitan semalam di New York.

Met Gala tahunan, yang secara tradisinya diadakan pada Isnin pertama Mei, mula dianjurkan pada 1948 dan selama beberapa dekad menjadi acara eksklusif golongan atasan New York.

Wintour, tokoh utama dunia fesyen Amerika Syarikat (AS), mengambil alih acara itu pada 1990-an dan mengubahnya menjadi pentas peragaan untuk golongan kaya serta terkenal.

Gala ini merupakan acara pengumpulan dana untuk Institut Kostum Met, namun ia juga menjadi tontonan besar di media sosial yang menyaksikan selebriti bergaya secara keterlaluan bagi mencipta detik paling menonjol.

Kod pakaian belum diumumkan, tetapi ia akan diselaraskan dengan pameran “Costume Art” yang dibuka pada 10 Mei di muzium ternama Manhattan, bertujuan meneroka konsep “tubuh berbusana” dalam karya seni sepanjang berabad-abad.

Para pengerusi bersama ini merupakan tokoh berpengaruh dalam bidang masing-masing iaitu muzik, sukan dan filem.

Gala kali ini menandakan kemunculan pertama Beyonce dalam tempoh sedekad, dan para pencinta fesyen pastinya menantikan gaya yang bakal ditampilkannya. Beliau pernah menjadi pengerusi kehormat pada 2013.

Williams, 45, ialah pemenang tujuh gelaran Grand Slam dan masih bersaing dalam Jelajah WTA. Kakaknya, Serena yang kini bersara pernah menjadi hos bersama acara itu pada 2019.

Kidman, yang turut mempengerusikan Met Gala pada 2003 dan 2005, kini mempunyai beberapa projek untuk 2026, termasuk Practical Magic 2, sekuel filem popular 1998 tentang sebuah keluarga ahli sihir, serta Scarpetta, siri berdasarkan watak novel jenayah karya Patricia Cornwell.

Met turut mengumumkan jawatankuasa penganjur gala yang diketuai pereka Saint Laurent, Anthony Vaccarello, dan pelakon Zoe Kravitz.

Turut menyertai jawatankuasa itu ialah penyanyi Sabrina Carpenter dan Doja Cat, bintang balet yang sudah bersara Misty Copeland, serta juara WNBA A’ja Wilson. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Jepun bebaskan pelakon Emily in Paris selepas ditahan atas kes dadah
Next: Jeda Derita, lafaz luka dalam seribu kesayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.