Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Betong Thailand destinasi percutian baharu pegunjung Malaysia
  • SEMASA

Betong Thailand destinasi percutian baharu pegunjung Malaysia

Utusan Sarawak 2 days ago
BETONG….Skywalk Aiyerweng, Betong Thailand.

YALA: Pekan Betong yang terletak di Wilayah Yala kini menjadi pilihan destinasi percutian baharu rakyat Malaysia apabila ribuan pengunjung menerokai ‘permata tersembunyi’ di Selatan Thailand khususnya pada cuti hujung minggu yang panjang.

Bersempadan dengan Perak, pekan itu berjaya menarik kira-kira 5,000 pengunjung Malaysia sempena cuti panjang sambutan Hari Kebangsaan berbanding purata 2,000 pengunjung pada hujung minggu biasa.  

Presiden Persatuan Pelancong Betong, Narin Ruangwongsa berkata kedatangan pelancong Malaysia dijangka menjana hampir 20 juta baht (RM2.61 juta) sehari kepada sektor pelancongan.

BETONG….Gua Piyamit di Pekan Betong yang terletak di Wilayah Yala, Thailand.

Beliau berkata ia merangkumi perbelanjaan untuk penginapan, pengangkutan, makanan dan cenderamata.

“Sepanjang cuti hujung minggu bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, semua 4,000 bilik penginapan di Betong habis ditempah. Ini merupakan perkembangan positif bagi sektor pelancongan di sini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kebanyakan pelancong Malaysia memilih untuk memasuki Pekan Betong sama ada dengan bas persiaran, kenderaan persendirian mahupun konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Skywalk Aiyerweng, Gua Piyamit dan kolam air panas semula jadi yang terletak di Daerah Betong merupakan antara tarikan pengunjung.

BETONG…..Kolam air panas semula jadi yang terletak di Pekan Betong merupakan antara tarikan pengunjung.

Sementara itu, Ketua Imigresen Betong, Leftenan Kolonel Polis Sittipong Sompan berkata pintu masuk sempadan Thailand-Malaysia mula sesak sejak Jumaat dengan kemasukan pelancong dari Malaysia.

“Setiap tahun, sempena sambutan Hari Kebangsaan di Malaysia, pekan Betong akan dibanjiri ribuan pelancong yang datang bercuti,” katanya.

Beliau berkata pihak imigresen turut memperketatkan pemeriksaan identiti setiap individu yang memasuki Betong bagi memastikan keselamatan pelancong sentiasa terjamin.

Tinjauan Bernama mendapati pelancong Malaysia turut membanjiri bandar pelancongan lain di selatan Thailand termasuk Songkhla, Yala dan Pattani pada musim cuti kali ini. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aplikasi All Indonesia wajib untuk penumpang antarabangsa mulai 1 September
Next: 850,000 penerima SARA belanja lebih RM50 juta pada hari pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.