Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Betong anjur program vaksinasi anti-rabies mikrocip dan perlesenan anjing
  • KESIHATAN

Betong anjur program vaksinasi anti-rabies mikrocip dan perlesenan anjing

Utusan Sarawak 14 hours ago
AHLI Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu menghadiri program vaksinasi anti-rabies mikrocip dan perlesenan anjing Betong di perkarangan parkir Majlis Daerah Betong, hari ini. Foto Facebook Dr Richard Rapu

BETONG: Satu program vaksinasi anti-rabies mikrocip dan perlesenan anjing Betong telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Majlis Daerah Betong, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata program anjuran Majlis Daerah Betong dengan kerjasama Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Betong ini merupakan satu langkah proaktif dalam usaha membendung penularan wabak rabies.

Beliau berkata wabak rabies adalah satu penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa dan membawa maut sekiranya tidak dirawat segera.

“Rabies bukan sahaja mengancam haiwan peliharaan, malah memberi risiko besar kepada manusia, terutamanya kanak-kanak. 

“Haiwan yang tidak divaksin berisiko tinggi menjadi pembawa virus ini, dan gigitan atau cakaran daripada haiwan yang dijangkiti boleh mengakibatkan jangkitan serius,” katanya.

PROGRAM vaksinasi anti-rabies mikrocip dan perlesenan anjing Betong di perkarangan parkir Majlis Daerah Betong, hari ini. Foto Facebook Dr Richard Rapu

Dr Richard berkata oleh itu vaksinasi, pemakaian mikrocip serta pelesenan anjing adalah langkah penting dalam mewujudkan komuniti yang lebih selamat, sihat dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan haiwan peliharaan.

Selesai program vaksinasi, satu taklimat khas mengenai peranan majlis dalam aktiviti kawalan anjing turut diadakan yang disampaikan oleh pegawai dari Majlis Daerah Betong bersama Pegawai Veterinar dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Betong, Dr Siti Aishah Zainol Rashid.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Majlis Daerah Betong dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Betong diatas penganjuran program yang memberi impak besar kepada kesedaran masyarakat mengenai bahaya rabies dan tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kesihatan dijadikan keutamaan pembangunan melalui Jelajah ANMS
Next: Remaja disyaki bunuh ibu dan abang, sokongan mental di sekolah perlu diperkukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.