Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • BESarawak perkenal Sarawak destinasi pilihan korporat Indonesia
  • SEMASA

BESarawak perkenal Sarawak destinasi pilihan korporat Indonesia

Utusan Sarawak 23 hours ago
 PASUKAN BESarawak merakam kenangan bersama para peserta semasa sesi Kemas Kini Produk Acara Perniagaan Sarawak yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini.

JAKARTA: Sarawak kini melangkah lebih jauh dalam menarik minat pasaran mesyuarat dan insentif korporat dari Indonesia dengan membawa pendekatan segar dan berimpak melalui dua inisiatif yang berlangsung di Jakarta minggu ini.

Dengan wujudnya penerbangan terus antara Jakarta dan Kuching, Acara Perniagaan Sarawak (BESarawak) melihat peluang cerah untuk memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi pilihan kepada syarikat-syarikat dan agensi pelancongan di republik itu.

“Pasaran Indonesia memang penting bagi kami kerana sambutan mereka terhadap destinasi yang menawarkan pengalaman autentik dan bermakna sangat tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman baru-baru ini.

“Kami mahu menawarkan sesuatu yang lebih daripada sekadar tempat bermesyuarat sekali gus mahu tinggalkan legasi yang memberi kesan kepada syarikat dan peserta.

“Sarawak mampu berikan pengalaman itu,” ujarnya lagi sambil menyatakan keterbukaan untuk menerima bukan sahaja syarikat Indonesia, tetapi juga syarikat antarabangsa yang berpangkalan di negara jiran itu.

PASUKAN BESarawak di reruai pameran mereka semasa Mesyuarat Pelancongan Asia (TMA) 2025 yang berlangsung di Swissotel PIK Avenue, Jakarta baru-baru ini.

Tambah beliau, pendekatan berpandangan jauh yang ditawarkan Sarawak bersesuaian dengan komuniti korporat Indonesia yang semakin progresif.

BESarawak sebelum ini telah menganjurkan sesi Kemas Kini Produk Acara Perniagaan Sarawak pada 23 Jun lepas di Jakarta, bersama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Lebih 60 ejen pelancongan dan penganjur acara korporat dari seluruh Indonesia hadir untuk mengenali tawaran Sarawak dengan lebih dekat dari kemudahan bertaraf antarabangsa, sehingga ke warisan budaya dan alam semula jadi yang tiada tandingan.

Pengurus Pembangunan Perniagaan (CMCI) BESarawak, Adrian Goh Sze Liang berkata hubungan langsung antara kedua-dua bandar membuka jalan kepada pasaran baharu yang ingin pengalaman acara yang bukan sekadar formal tetapi juga memberi makna.

“Pelanggan korporat Indonesia hari ini lebih bijak memilih. Mereka mahu sesuatu yang berbeza tempat yang bukan sahaja memenuhi keperluan professional tapi juga menyentuh emosi dan memberi inspirasi,” jelasnya.

BESarawak turut menyertai Mesyuarat Pelancongan Asia (TMA) 2025 yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun lalu di Swissotel PIK Avenue, Jakarta yang merupakan salah satu acara dagangan pelancongan perniagaan dengan perniagaan lain (B2B) utama di Asia yang menghimpunkan pemain industri dari sektor pelancongan santai, korporat, acara perniagaan dan pelancongan mewah.

Penyertaan dalam dua acara ini merupakan langkah selari dengan usaha Malaysia memperkukuh pasaran pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 di samping kempen Sarawak: Gerbang ke Borneo oleh Lembaga Pelancongan Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 17 anugerah disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Sarawak di Bintulu
Next: PM Anwar tiba di Jakarta untuk perjumpaan dengan Presiden Prabowo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.