Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bertoleransi, bekerjasama hadapi cabaran Covid-19
  • TEMPATAN

Bertoleransi, bekerjasama hadapi cabaran Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
TUNJUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA…Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii ( kanan) memasang Jalur Gemilang pada salah sebuah kenderaan pada Program Merdeka @Komuniti di Dewan Jamek Masjid Miri di Miri, semalam.

MIRI : Rakyat diseru sentiasa bersatu hati dalam memelihara perpaduan negara menerusi sikap toleransi dan bekerjasama antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi ketika menghadapi cabaran Covid-19.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting berkata, pada tahun ini, seluruh rakyat Malaysia meraikan sambutan Bulan Kebangsaan dalam suasana yang sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya memandangkan negara  masih dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP)akibat pandemik Covid-19 yang nampaknya belum berakhir lagi.

“Meskipun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika kini,  tidaklah juga ia menghalang kita sebagai rakyat Malaysia untuk menzahirkan rasa cintakan negara kita dalam menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan.

“Jika kita sayangkan negara,seharusnya kita menzahirkan rasa kecintaan kita kepada negara dengan membantu usaha kerajaan mengekang wabak Covid-19 ini dengan mematuhi segala arahan PKPP yang telah ditetapkan.

“Elakkan dari mudah terpengaruh dengan golongan yang tidak bertanggungjawab yang suka mencari kontroversi seperti menularkan berita palsu dan sewajarnya kita bersikap positif atas usaha kerajaan baik di peringkat negeri mahupun pusat untuk mengawal penularan wabak ini,” katanya pada majlis perasmian Program Merdeka @ Komuniti di Dewan Jamek Masjid Miri di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Miri.

Ting berkata, penganjuran program bersifat kemasyarakatan dan patriotik bersesuaian dengan amalan SOP semasa PKPP seperti pada hari ini merupakan inisiatif tepat JAPEN dalam membangkitkan suasana menyambut Bulan Kebangsaan di kalangan masyarakat.

“Seperti yang kita sedia maklum,tema sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Malaysia Prihatin.

“Pemilihan ini selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19.

“Perkataan Malaysia menggambarkan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama memerangi wabak tersebut manakala perkataan Prihatin pula merupakan inisiatif-inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi,bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya jangan pentingkan diri dan perlu menjaga amalan kesihatan kendiri seperti memakai pelitup muka,sentiasa membasuh tangan, menjaga jarak fizikal dan mengelak bersentuhan ketika bersosial bagi membantu mencegah penularan wabak.

Bermula pada pertengahan Julai lalu hingga pertengahan September ini kelak, Jabatan Penerangan mengambil insiatif menganjurkan beberapa program kenegaraan  seperti Info On Wheels Merdeka, Merdeka @ Komuniti dan Merdeka @ Kelab Malaysiaku.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Surau baharu untuk masyarakat Islam Darul Hana
Next: Sg. Asap: Paip HDPE ganti paip lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.