Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bertindak bersama tangani isu sosial remaja – Nancy Shukri
  • NASIONAL

Bertindak bersama tangani isu sosial remaja – Nancy Shukri

Utusan Sarawak 4 days ago
 DATO Sri Hajah Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menggesa seluruh masyarakat agar bertindak bersama dan tidak menuding jari dalam menghadapi isu sosial yang membabitkan remaja.

Beliau berkata, tragedi yang menimpa dua remaja baru-baru ini amat menyedihkan dan perlu dijadikan pengajaran bersama kerana ia melibatkan golongan muda yang sepatutnya dibimbing dengan kasih sayang, perhatian dan peluang untuk berkembang.

Nancy menegaskan bahawa tragedi tersebut tidak harus dianggap sebagai kes terpencil, sebaliknya mencerminkan cabaran nilai serta tekanan sosial yang dihadapi oleh anak-anak hari ini sama ada di rumah, di sekolah mahupun dalam dunia digital yang semakin mencabar.

Beliau turut menyatakan persetujuan dengan kenyataan Perdana Menteri yang menekankan peranan media sosial serta keperluan tindakan tegas kerajaan. Namun, tindakan tegas perlu diimbangi dengan pendekatan yang berasaskan empati dan kefahaman terhadap punca sebenar isu tersebut.

Menurut beliau, masalah sosial remaja bukan hanya berpunca daripada soal disiplin atau pengaruh teknologi, tetapi turut berkait rapat dengan bimbingan, komunikasi dan kasih dalam institusi keluarga serta komuniti sekolah.

Nancy menambah bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) percaya keluarga dan sekolah perlu bergerak seiring dalam usaha membentuk benteng kasih sayang dan panduan nilai kepada anak-anak.

Dengan cabaran baharu yang dihadapi oleh ibu bapa dan kanak-kanak masa kini, KPWKM akan terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi membantu keluarga dan komuniti menghadapi tekanan sosial secara lebih berkesan.

Beliau menegaskan bahawa kementeriannya tidak mampu bergerak sendirian dalam menangani isu ini kerana ia memerlukan semua pihak memainkan peranan masing-masing, bukan sahaja memperkukuh dasar dan program sedia ada tetapi juga menyokong institusi keluarga melalui pendekatan yang lebih empatik.

Nancy turut menggesa agar tragedi yang berlaku dijadikan panggilan untuk bertindak bersama antara ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan demi melindungi serta membimbing generasi muda negara.

Beliau menegaskan bahawa menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya kasih sayang, keprihatinan dan tindakan bersama adalah kunci untuk membina masa depan yang lebih baik bagi anak-anak bangsa.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Tanah NCR: Sarawak ganding bahu dengan KPK laksana rundingan G2G dengan EU
Next: SPR dicadang laksana undi pos bagi pengundi Sabah, Sarawak berada di Semenanjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.