Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Bersihkan persekitaran, cegah demam denggi
  • STAIL

Bersihkan persekitaran, cegah demam denggi

Utusan Sarawak 5 years ago
CEGAH WABAK DENGGI… Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (lima dari kanan) dan ADUN Lambir, Ripin Lamat (empat dari kanan) ketika melancarkan kempen cegah denggi di Miri.

Walaupun negara ketika ini sedang berperang dengan  wabak Covid-19, masyarakat dinasihatkan supaya menjaga kebersihan kawasan persekitaran bagi menangani penularan demam denggi. 

Ini kerana pada Jun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes demam denggi gelombang kedua bermula awal Jun hingga September ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.Adham Baba dalam kenyataan sempena sambutan Hari Denggi ASEAN ke-10 pada  15 Jun  lalu berkata, sebanyak 50,511 kes dan 88 kematian akibat demam denggi dicatatkan dalam negara dari Januari 2020 sehingga 13 Jun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes demam denggi itu berkurang berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 56,819 kes dan 88 kematian yang telah dilaporkan.

“Namun sejak lapan minggu lepas, didapati berlaku trend peningkatan dengan purata peningkatan lapan peratus seminggu. 

“Berdasarkan trend itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes demam denggi dalam gelombang kedua bermula pada awal Jun sehingga September 2020,” katanya.

Peningkatan kes tersebut menjadi peringatan kepada semua masyarakat bahawa dalam pada negara mengharungi pandemik Covid-19, virus denggi tetap perlu diperangi.

Sehubungan, orang ramai  diminta supaya mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di mana takungan air dan tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Sementara itu,  Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii  turut menggesa masyarakat supaya mengambil langkah-langkah pencegahan untuk menangani denggi.

Katanya,kes denggi di  Miri menunjukkan peningkatan sejak Jun lalu  berdasarkan trend kes demam denggi sejak lima tahun kebelakangan ini.  

“Risiko peningkatan  kes  denggi  ini  kerana kebanyakan premis tidak digunakan sejak Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP) mula  dilaksanakan pada 18 Mac lalu  dan   lebih banyak sektor perniagaan kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) , yang bermula pada 10 Jun 2020.

 “Oleh  itu, orang awam dan pemilik premis diminta membersihkan tempat-tempat yang  berpotensi  untuk  pembiakan  nyamuk  aedes seperti  tempat-tempat yang  menakung  air.

“Usaha membanteras nyamuk aedes dan demam denggi adalah tanggungjawab kita semua, sepertimana juga masyarakat telah berganding bahu bagi memutuskan penularan jangkitan wabak Covid-19,” katanya dalam satu  kenyataan  baru-baru  ini. 

Sebanyak 325 kes wabak denggi dicatatkan berlaku di Miri mulai Januari hingga Julai tahun ini berbanding dengan  107 kes dicatatkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Sebelum  PKP,  MBM dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan telah mengambil inisiatif  mengadakan beberapa  program gotong-royong bagi membasmi wabak denggi di kawasan-kawasan berisiko tinggi serta mempunyai kes-kes demam denggi di Miri. 

APA ITU  DENGGI?

Menurut info dari Protal Rasmi MyHealth KKM, demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. 

Antara gejala demam denggi adalah demam, sakit kepala, sakit otot dan sendi, lesu atau lemah badan, hilang selera makan dan ruam di kulit.

Individu  yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera.

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

LANGKAH PENCEGAHAN  DEMAM DENGGI

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi.Oleh itu, amat penting bagi semua orang mengambil langkah-langkah pencegahan demam denggi.

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi  antaranya memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk  Aedes dengan membuang bekas yang boleh menakung air, memastikan pasu-pasu bunga sekurang-kurangnya seminggu sekali dan memastikan longkang atau parit tidak tersumbat.  Selain itu, mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti memasang jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah bagi menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman, memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang terutama apabila berada di luar rumah.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Tin jadi tanaman pilihan Meriam
Next: Bintulu tawar pelbagai destinasi menarik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.