Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bersiap sedia menjelang pilihan raya negeri akan datang – Penguang
  • Utara
  • WILAYAH

Bersiap sedia menjelang pilihan raya negeri akan datang – Penguang

Utusan Sarawak 15 hours ago
RASMI…Datuk Dr Penguang Manggil memotong riben tanda perasmian bangunan Balai Raya Kampung Narum. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Masyarakat di kawasan Marudi digesa agar bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri akan datang demi memperkukuh kestabilan politik serta memastikan pembangunan terus dibawa ke kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, menegaskan bahawa kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) penting untuk meneruskan agenda pembangunan rakyat.

“Saya berharap rakyat di Marudi mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan. Hanya kita sebagai penentu untuk membawa pembangunan yang kita mahukan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

PERASMIAN…Datuk Dr Penguang menandatangani plak perasmian bangunan Balai Raya Kampung Narum. Foto: Jiku Juguong

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengundi Cina yang telah memberi sokongan sehingga 70 peratus pada pilihan raya lepas, yang menurutnya mencerminkan peningkatan dan sumbangan masyarakat Cina terhadap pembangunan di Marudi.

Ucapan itu disampaikan semasa majlis perasmian bangunan Balai Raya Kampung Narum baru-baru ini. Walaupun bangunan tersebut bersaiz kecil, Dr Penguang menekankan bahawa ia tetap selesa dengan kelengkapan mencukupi, sekali gus menjadi bukti kemajuan yang dicapai.

“Balai raya ini adalah buah tangan daripada kerajaan melalui saya sebagai agen pembangunan dan wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Pada majlis itu, beliau turut mendedahkan beberapa projek baharu yang akan dilaksanakan di Marudi, termasuk projek Waterfront Fasa 2 yang tendernya telah dikeluarkan. Projek tersebut dijangka mengubah wajah Marudi dari segi pemikiran, sosial dan ekonomi.

KENANGAN…Datuk Dr Penguang bergambar bersama JKKK Kampung Narum dan para jemputan. Foto: Jiku Juguong

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menekankan kepentingan projek pembinaan jalan dari Simpang Long Lama ke Ulu Teru sepanjang 26 kilometer dengan kos RM42 juta.

Katanya, tender serta surat tawaran telah pun dikeluarkan dan beliau berharap projek berimpak besar itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau turut berkongsi pengumuman Premier Sarawak dalam persidangan DUN baru-baru ini mengenai kenaikan elaun Ketua Kaum, Ketua Masyarakat (KKKM) dan Kaunselor.

  • Ketua Kaum: RM1,300 sebulan (naik RM400)
  • Penghulu: RM1,500 sebulan
  • Pemanca: RM1,700 sebulan
  • Temenggong: RM2,000 sebulan
  • Kaunselor: Elaun tetap RM1,000 sebulan

Kenaikan ini, katanya, adalah pengiktirafan terhadap peranan penting pemimpin masyarakat dalam menyokong pembangunan negeri.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naib Gabenor Lions 308-A2 jalani kunjungan rasmi ke Bangkok
Next: Wilfred Yap serah cek UNIFOR berjumlah RM780,000 kepada SK St Alban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.