Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bersatu pecat Saifuddin Abdullah
  • NASIONAL

Bersatu pecat Saifuddin Abdullah

Utusan Sarawak 2 days ago

Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Foto fail Bernama.

KUALA LUMPUR: Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.

Harris Idaham berkata Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli Bersatu.

Saifuddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang memaklumkan beliau menerima maklumat mengenai perkara itu hari ini.

“Saya akan membuat rayuan dalam beberapa hari lagi,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ramalan cuaca signifikan dengan luruan monsun hingga 11 Januari
Next: Perolehan projek Tentera Darat: SPRM tahan 17 pengarah syarikat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.