Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bersatu hantar surat mohon perintah pembekuan akaun dibatalkan
  • NASIONAL

Bersatu hantar surat mohon perintah pembekuan akaun dibatalkan

Utusan Sarawak 2 years ago

"Pembatalan perintah itu penting supaya pentadbiran Bersatu dapat berjalan lancar dan komitmen kewangan parti itu dapat dilunaskan mengikut jadual." - Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi meminta supaya perintah pembekuan akaun bank parti itu dibatalkan.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembatalan perintah itu penting supaya pentadbiran Bersatu dapat berjalan lancar dan komitmen kewangan parti itu dapat dilunaskan mengikut jadual.

“Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbiran bukan sahaja untuk sebulan. Sekarang ini mereka (SPRM) kata beku tiga bulan, itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbiran parti.

“Jadi sebab itu kita minta seboleh mungkin selepas disemak dan didapati tiada sebarang bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa, maka SPRM harus segerakan buat keputusan (pembekuan akaun bank) itu dapat dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas pemukiman Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata tindakan SPRM itu turut menjejaskan persiapan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung tahun ini kerana parti itu memerlukan dana untuk membiayai kempen pilihan raya.

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya telah membekukan beberapa akaun bank milik Bersatu bagi tujuan membantu siasatan.

Difahamkan pembekuan akaun berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana RM600 bilion yang digunakan ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

– Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM beku akaun parti Bersatu
Next: Penjualan mercun, bunga api akan dibenarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.