Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bersama makmurkan Satok – Ibrahim
  • TEMPATAN

Bersama makmurkan Satok – Ibrahim

Utusan Sarawak 3 years ago
CABUTAN BERTUAH…Dato Ibrahim Baki (kanan) menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menyifatkan kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) baru-baru merupakan kemenangan rakyat.

Menurutnya, kemenangan bersama-sama rakyat itu menjadi semangat buat beliau untuk meneruskan legasi perjuangan mantan ADUN Satok yang juga Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mentransformasikan kawasan Satok.

Selain meneruskan kemajuan di kawasan itu, Ibrahim berkata, beliau tetap mengutamakan aspirasi rakyatnya untuk terus menikmati kemudahan dan kesenangan.

“Oleh sebab itu, saya harus bekerja keras dan usaha bersepadu daripada rakyat, khususnya ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan dan ranting amat diperlukan untuk memakmurkan kawasan Satok,” katanya pada Majlis Kesyukuran Kemenangan beliau dalam PRN12, di sini, malam Isnin.

Beliau yang sudah berkecimpung dalam politik selama 36 tahun bagaimanapun berkata, kehidupannya berubah mulai 18 Disember lalu sebaik sahaja memenangi kerusi yang ditinggalkan Abang Johari.

“Saya memberitahu keluarga kehidupan saya selepas ini akan berubah kerana saya juga kepunyaan rakyat.

“Saya bersikap terbuka dan pendengar yang baik. Jika ada teguran dan kritikan, datanglah berjumpa dengan saya. Kita bersama-sama membantu memaju dan memakmurkan Satok,” katanya.

Pada PRN12 lalu, Ibrahim Baki (GPS-PBB) mendapat majoriti undi 6,033, mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Irwan dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Awang Badele. Kedua-dua calon berkenaan hilang wang deposit.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: Persediaan hadapi bencana banjir
Next: Beri pelajar peluang rasai pengalaman berniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.