Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bersama jaga perpaduan
  • TEMPATAN

Bersama jaga perpaduan

Utusan Sarawak 4 years ago
TBC MAYA… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang menyertai masyarakat Tiong Hua pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP secara maya di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini ternyata berbeza daripada sambutan yang lalu namun kemeriahannya tetap dirasai walaupun dalam keadaan dunia yang belum reda dengan situasi Covid-19.

Sehubungan itu, julung kalinya penganjuran rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tahun 2021 diadakan secara maya iaitu melalui platfom Zoom.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru masyarakat Tiong Hua agar bersama-sama menjaga perpaduan sesama mereka dalam usaha mengharungi wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, beliau mahu masyarakat Tiong Hua bersama kerajaan seterusnya merancang dasar yang baik bagi mempertingkatkan ekonomi Sarawak secara keseluruhannya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sewaktu menyertai masyarakat Tiong Hua di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP secara virtual (maya) dianjurkan oleh Sarawak United Peoples Party (SUPP), baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau beserta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang kemudiannya mengaul Yee Sang secara virtual (maya) sebagai simbolik sambutan Tahun Baru Cina.

Turut serta dalam sambutan Tahun Baharu Cina secara virtual adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian dan beberapa kenamaan yang lain.

Sementara itu, Dato’ Sri Dr. Sim memberitahu, Kerajaan Sarawak memerlukan 70 peratus rakyat negeri ini untuk menyertai Program Vaksin Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk menyertai program tersebut bagi menyokong usaha kerajaan.

Oleh AINI ‘AFIFAH HAFIZ

Continue Reading

Previous: PKPB DILANJUTKAN HINGGA 1 MAC
Next: ‘Dry Run’ berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.