Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Berpegang kepada pepatah asas PRS terus relevan dalam politik Sarawak
  • SEMASA

Berpegang kepada pepatah asas PRS terus relevan dalam politik Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago
TEGUH BERSATU… Dato Majang Renggi (enam, kiri) menerima cenderamata daripada PRS Limbang sambil disaksikan kenamaan lain. 

LIMBANG: Landskap politik Sarawak yang berpegang kepada pepatah ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ menjadi asas kepada kekuatan  Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk terus relevan  dalam politik Sarawak.

Timbalan Presiden PRS Dato Majang Renggi berkata, kekuatan PRS terletak pada kesatuan ahlinya.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

“PRS harus terus bersatu agar kita mampu menghadapi cabaran politik dan kekal relevan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat Sarawak,” katanya.

Majang berkata demikian pada majlis makan malam PRS Limbang 2025 di Dewan St Edmund, Limbang baru-baru ini, yang turut dihadiri Naib Presiden Kanan PRS Datuk Sri John Sikie Tayai, dan kenamaan lain.

“Kesatuan  yang kukuh  akan memastikan parti PRS terus menjadi komponen penting dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Dengan ini ia mampu menjamin kestabilan politik dan pembangunan di negeri ini.

“Setiap kepimpinan dan ahli PRS  terus digesa memperkuatkan parti bagi menghadapi cabaran politik masa depan sekali gus  memastikan masa depan parti yang lebih kuat dan berdaya saing,”ujarnya lagi.

Kira-kira 385 orang, termasuk hampir semua pemimpin tertinggi parti PRS dari seluruh Sarawak memeriahkan  majlis anjuran PRS Bahagian N80 Batu Danau dengan kerjasama PRS N79 Bukit Kota.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiba masa Sarawak jana pendapatan hasil bumi sendiri melalui Petros – Shafizan
Next: Media tulang belakang kerajaan sebar maklumat   

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.