Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Berlatih dalam norma baharu
  • SUKAN

Berlatih dalam norma baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

GERGASI yang terkenal dengan jolokan ‘The City Boys’ itu turun dengan kesemua pemain di Padang C, Petra Jaya dalam melaksana tanggungjawab mereka.

Penolong Pengurus, Iswandy Ali Hassan memberitahu, semua pemain turun berlatih bersama semalam yang juga hari pertama latihan dengan norma baharu (bersentuhan).

“Pemain turun dengan satu lagi norma baharu ketika sesi latihan, iaitu boleh bersentuhan antara satu sama lain.

“Ia memberi kelegaan kepada kita terutama barisan jurulatih untuk memberi penekanan secara komprehensif terhadap corak latihan,” ujar Iswandy ketika mengulas mengenai perkara itu.

Menurutnya, diharap keistimewaan yang dilalui ini akan dapat membuka lembaran baharu kepada pemain dalam meningkatkan prestasi diri masing-masing.

“Bayangkan…sudah terlalu lama mereka tidak berlatih selain beberapa minggu terpaksa mengharungi latihan tanpa bersentuhan antara satu sama lain.

“Dan kelonggaran yang diberikan untuk boleh bersentuhan ketika latihan memberi peluang memperluaskan skop latihanm,” tambah Iswandy lagi.

Penolong Jurulatih, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah nyata lega apabila pemain boleh bersentuhan antara satu sama lain.

“Ia memudahkan tugasan kami dalam melaksanakan tanggungjawab membentuk kembali kredibiliti pemain.

“Diharap apa yang dilalui ini dapat membentuk kembali kombinasi pemain ke tahap yang lebih membanggakan,” jelas Nurfaizal. Sambil mengakui norma baharu ini akan membuka ruang kepada mereka yang ingin merancang latihan secara meluas sebagai pentas menilai keupayaan pemain setelah berehat panjang.

Continue Reading

Previous: Guardiola tuntut permohonan maaf
Next: Bekas penjaga gol S’wak bertugas di Pejabat Residen Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.