DISEBUT nama President Abraham Lincoln’s sudah pasti ramai akan mengingati ucapan Gettysburg pada November 1863; iaitu
… But, in a larger sense, we can not dedicate—we can not consecrate—we can not hallow—this ground. The brave men, living and dead, who struggled here, have consecrated it, far above our poor power to add or detract. The world will little note, nor long remember what we say here, but it can never forget what they did here. It is for us the living, rather, to be dedicated here to the unfinished work which they who fought here have thus far so nobly advanced. It is rather for us to be here dedicated to the great task remaining before us—that from these honored dead we take increased devotion to that cause for which they gave the last full measure of devotion—that we here highly resolve that these dead shall not have died in vain—that this nation, under God, shall have a new birth of freedom—and that government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth.
Namun, sebenarnya Lincoln bukanlah orang pertama yang melatunkan ungkapan terkemuka, government of the people, by the people, for the people. Dalam ucapan di Konvensyen Antiperhambaan New England pada tahun 1850, Theodore Parker, menyatakan;
“…There is what I call the American idea…This idea demands, as the proximate organization thereof, a democracy, that is, a government of all the people, by all the people, for all the people; of course, a government after the principles of eternal justice, the unchanging law of God; for shortness’ sake, I will call it the idea of Freedom...”
Malah, Daniel Webster, ahli politik, dalam ucapannya semasa sidang senat pada tahun 1830, antara lain berkata:
“…It is, Sir, the people’s Constitution, the people’s Government, made for the people, made by the people, and answerable to the people. The people of the United States have declared that this Constitution shall be the supreme law. We must either admit the proposition or dispute their authority.”
Bukan soal siapakah orang pertama yang melontarkan ungkapan berkenaan yang ingin diperkatakan. Perkara yang menjadi pokok persoalan adalah pentafsirannya dalam kontek urus tadbir sesebuah negara demokrasi yang kerajaannya dibentuk berdasarkan sistem pilihan raya yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih. Pemilihan yang diterjemahkan lewat pembuangan undi dengan harapan calon yang dipilih menjadi wakil mampu menyuarakan kehendak dan hasrat masyarakat. Lantaran hal sedemikian itu bertepatanlah apa-apa yang diperkatakan bahawa kerajaan sedemikian ialah “kerajaan rakyat, dipilih oleh rakyat dan berkhidmat untuk rakyat”.
Namun, dalam peredaran masa, hakikat sedemikian tidak lagi menjadi “kontrak sosial” yang wajar dipatuhi. Kuasa yang diperoleh seakan-akan membutakan mata daripada hakikat bahawa jawatan yang disandang hadirnya daripada undian yang diperoleh daripada rakyat. Perkara yang paling “menyedihkan” serta “menjengkelkan”, pelarasan kehendak ahli parti mengatasi kehendak dan hasrat rakyat. Kedudukan dan populariti dalam parati mengatasi segala-galanya sehingga sanggup mengetepi dan mengesampingkan aspek kesejahteraan, keharmonian serta kesenangan rakyat yang diwakili.
Hakikat sedemikian bukannya suatu cerita rekaan, akan tetapi drama nyata yang terpampang di hadapan mata. Kemenangan yang dikecapi oleh mana-mana pihak, cenderung menerbitkan keangkuhan yang di luar batasan sehingga tanpa segan silu, sanggup mentasdikkan sesuatu ketidakwajaran, ketidakbenaran, kesalahan serta kemungkaran, di samping sedaya upaya cuba menonjolkan ketokohan serta kewibawaan diri yang nyata “terpalit” ibarat “kerbau berkubang lumpur”. Dan kejayaan yang dikecapi diraikan bersama-sama “jentera pilihan raya”, yang tidak dinafikan berkerja keras dan bertungkus lumus untuk “mempengaruhi” pengundi, sedangkan rakyat yang mengundi “diraikan” lewat penampilan “drama politik” yang memualkan.
Benar bahawa sokongan, pengaruh dan kedudukan dalam parti berupa ukuran untuk membolehkan seseorang dinamakan sebagai calon dalam mana-mana pilihan raya. Namun, wajar diingati bahawa tanpa undi daripada rakyat, “penampilan” calon berkenaan tidak membawa apa-apa makna dan hanya sekadar pemenuhan syarat proses “pertandingan” semata-mata”. Juga benar bahawa keberkesanan dan komitmen jentera parti dalam mana-mana pilihan raya amat penting, namun, wajar diingati bahawa undi terletak di tangan rakyat yang mahu calon yang manakah difikirkan layak untuk mewakili mereka.
Natijahnya, dalam konteks kerajaan terbentuk daripada aspirasi rakyat, untuk menjaga kepentingan rakyat, wajar “mengembalikan” kepada rakyat “hasil” yang mampu mensejahterakan, mendamaikan dan memudahkan kehidupan rakyat dan bukannya taasub “dipengaruhi” desakan kuat ahli-ahli parti. Pemulauan daripada sebilangan daripada ahli parti tidak “seburuk” impaknya berbanding pemulauan daripada rakyat terhadap parti secara keseluruhannya. Lantaran itu, curahkan khidmat bakti untuk rakyat!
Lindungi diri, lindungi bangsa, lindungi negara!