Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemaskini: Enam jam giliran masuk feri pangkalan  Paloh, penduduk terus mengeluh
  • Tengah
  • WILAYAH

Kemaskini: Enam jam giliran masuk feri pangkalan  Paloh, penduduk terus mengeluh

Utusan Sarawak 2 months ago
Deretan kereta menunggu berjam-jam ke arah feri pangkalan Batang Paloh menuju ke Pulau Bruit, Daro dan Matu dari Sibu dan Sarikei. Foto viral di media sosial.

DARO: Pangkalan Feri Batang Paloh sekali lagi ‘menyekat’ perjalanan penduduk pesisir dari arah Sibu dan Sarikei hari ini hingga ada yang tersadai berjam-jam. 

Ini berikutan terlalu banyak kereta pada hari kedua Aidilfitri, keadaan serupa Sabtu lalu hingga mencatat sejarah tersendiri melebihi enam jam, malah ada yang menunggu sehingga tujuh jam.

Keadaan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan pembangunan apabila siapnya jambatan Batang Rajang, tetapi jambatan Batang Paloh hanya siap Mac tahun depan, sekali gus kelancaran perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis tersadai di pangkalan feri  Batang Paloh.

Keadaan itu tidak menjejaskan penduduk di Tanjung Manis, Paloh, Kuala Rajang dan Belawai tetapi kesulitan bagi penduduk Pulau Bruit, Daro dan Matu yang terpaksa melalui feri Batang Paloh bagi meneruskan perjalanan.

“Saya tersadai dan mengambil masa lima jam 30 minit baru berjaya masuk feri di pangkalan feri Batang Paloh dari Sibu,” kata Reduan Serap, penduduk Kampung Betanak di Pulau Bruit.

Seorang lagi warganet menyatakan deretan kereta hingga empat kilometer di pangkalan feri Batang Paloh melebihi kawasan Sedau dari Sibu.

“Sudah empat jam dalam kereta, jem teruk, belum juga masuk feri, ” kata seorang lagi penduduk.

Abdul Rahman Ishak dari Kampung Tian, Matu pula memberitahu hanya selepas enam jam lima minit baru dia berjaya memasuki feri pangkalan Paloh dalam perjalanan balik dari Sarikei.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan keadaan lebih teruk berbanding ketika sebelum Jambatan Batang Rajang dari Sarikei ke Tanjung Manis siap.

Keadaan dijangka lebih buruk pada hujung minggu ini apabila orang ramai balik daripada cuti meraikan Aidilfitri di kampung.

Laluan alternatif lain ialah menggunakan feri Batang Igan dari Matu untuk ke Mukah sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu.

Continue Reading

Previous: ‘Makan Ringgo Rayo’ amalan tradisi diteruskan masyarakat di kawasan Saribas
Next: Tingkatkan keselesaan, kemudahan penduduk setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.