Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri Sarawak autonomi pendidikan sendiri
  • TEMPATAN

Beri Sarawak autonomi pendidikan sendiri

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Ahli Parlimen Lukanisman Awang Sauni menerima cenderamata daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri, Mohamad Zailani Jaya pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Institut Pendidikan Guru (IPG ) Miri, semalam.

MIRI: Sarawak harus diberi autonomi dalam pendidikan bagi memastikan pelaksanaan dan pembangunan bidang pendidikan yang lebih cekap.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berkata, negeri ini masih berdepan isu sekolah daif yang tidak selamat diduduki dan keadaan itu dikhuatiri membahayakan murid serta guru.

Justeru, katanya sudah tiba masanya Sarawak diberi autonomi sepenuhnya dalam pendidikan untuk mengatasi isu-isu tersebut mengikut acuan sendiri.

“Sekiranya diberi autonomi pendidikan, kita dapat menentukan di manakah sekolah-sekolah daif yang perlu diberi tumpuan kerana kita lebih tahu dan begitu juga seperti isu pergabungan sekolah dan isu kurang murid.

“Langkah ini membolehkan kita menggunakan acuan sendiri untuk menyelesaikan isu-isu tersebut,” katanya selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Apresiasi Institut Pendidikan Guru (IPG ) Miri yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

 Lukanisman turut menekankan pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada usia awal.

“Kita memerlukan sokongan dalam program pembelajaran penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat awal.

“Saya berharap Kerajaan Pusat memberi sokongan kerana program ini hanya dijalankan di negeri ini dengan bermulanya kaedah dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris dan program ini dimulakan di darjah satu,” katanya.

Pada majlis tersebut, Lukanisman turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada IPG Miri bagi menggantikan kerusi dan meja di institut berkenaan

Hadir sama Pengarah IPG Miri, Mohamad Zailani Jaya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Hari jadi TYT disambut meriah
Next: Tun Taib sambut majlis kesyukuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.