Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Beri peluang Wan Arif-Roy King, Hon Jian-Muhammad Haikal beraksi di Sukan SEA – Aaron
  • SUKAN

Beri peluang Wan Arif-Roy King, Hon Jian-Muhammad Haikal beraksi di Sukan SEA – Aaron

Utusan Sarawak 23 hours ago
WAN Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mempertimbangkan untuk menyenaraikan dua beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri mewakili negara pada Sukan SEA 2025 di Thailand.

Pemain beregu lelaki utama negara Aaron Chia berkata penyenaraian Wan Arif-Roy King dan Hon Jian-Muhammad Haikal ke temasya dwitahunan tersebut bertepatan dengan misi BAM yang mahu mempertaruhkan barisan kuat di Thailand.

“Saya rasa BAM perlu hantar barisan elit ‘backup’ seperti Wan Arif-Roy King dan Hon Jian-Muhammad Haikal. Ini peluang mereka (bawa pulang pingat Sukan SEA),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hujung tahun lepas, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh memaklumkan badan induk sukan tersebut dijangka menghantar barisan terbaik bagi membawa cabaran negara di Sukan SEA kali ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas adalah pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam manakala pada edisi 2023 di Phnom Penh, kem negara hanya berjaya membawa pulang dua pingat perak serta empat gangsa.

CHOONG Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Aaron yang berpasangan dengan Soh Wooi Yik pernah merangkul emas beregu lelaki pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Minggu lepas, Wan Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-22 dunia merangkul gelaran sulung di pentas Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Terbuka Macau 2025 dengan mengejutkan pilihan utama dari Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 22-20, 21-18.

Pasangan ke-43 dunia Hon Jian-Muhammad Haikal yang dibelenggu isu kecederaan musim ini pernah merangkul tiga gelaran setakat ini iaitu Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi dan Masters Gwahati di India pada 2023 serta Masters Orleans di Perancis, tahun lepas.

Sukan SEA 2025 dijadual berlangsung di tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Disember ini.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kuching City FC belasah Kelantan TRW 4-0
Next: Messi terlepas aksi MLS menentang Orlando City

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.