Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri pelajar peluang rasai pengalaman berniaga
  • TEMPATAN

Beri pelajar peluang rasai pengalaman berniaga

Utusan Sarawak 3 years ago
PENGALAMAN …Norshafi za Zakaria bergambar bersama para pelajar modul keusahawanan selepas sesi pembentangan hasil jualan masing-masing.

KUCHING: Program Simulasi Keusahawanan yang telah dijalankan baru-baru ini di tapak perniagaan Uptown Metrocity, Matang berjaya memberi peluang kepada para pelajar Kolej Komuniti Kuching untuk merasai pengalaman berniaga yang sebenar. 

Menurut Pensyarah Modul Norshafiza Zakaria, simulasi keusahawanan ini merupakan satu keperluan amali bagi Modul MPU 1222 Keusahawanan yang melibatkan pelajar Semester 3.

“Program tersebut dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar terhadap dunia perniagaan,  sekali gus membimbing pelajar untuk menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Peniaga Uptown Metrocity, Matang agar mereka dapat menjalinkan hubungan dua hala bersama peniaga dan usahawan tempatan”.

“Selain itu, aktiviti ini juga membantu pelajar mewujudkan saluran perniagaan terutama kepada bakal graduan kolej komuniti untuk membina kerjaya melalui bidang perniagaan,” ujarnya.

Sebanyak sembilan kumpulan pelajar Semester 3 bagi program Sijil Teknologi Senibina telah terlibat untuk berniaga di tapak yang ditetapkan pada bulan Disember yang lalu. Antara perniagaan yang dijalankan termasukla  Chella Shop , Zafa Shop dan banyak lagi.

Menurutnya lagi, semua pelajar terlibat amat teruja dan gembira kerana berpeluang merasai pengalaman sebagai peniaga sebenar terutama apabila diberi peluang membuka gerai di tapak perniagaan yang besar seperti Uptown Metrocity, Matang.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh mengaplikasikan semua ilmu keusahawanan dan pemasaran yang diajar di dalam kelas bagi melariskan jualan produk masing-masing. Setiap pelajar juga tidak ketinggalan menggunakan ilmu pemasaran digital dengan menggunakan platform media sosial untuk meningkatkan hasil jualan. Antara produk yang dijual ialah makanan, pakaian dan produk kecantikan.

Aktiviti perniagaan ini adalah merupakan kesinambungan daripada simulasi perniagaan atas talian yang telah mereka jalankan pada awal bulan November lagi. Simulasi perniagaan bersemuka di Uptown Metrocity merupakan acara kemuncak untuk sesi amali pelajar dalam Kursus Keusahawanan yang ditawarkan kepada pelajar.

“ Terdapat dua kumpulan kumpulan telah berjaya memungut hasil jualan melebihi RM 1,000 bagi kedua-dua simulasi yang telah diajalankan dan ia merupakan sebuah pencapaian yang amat membanggakan bagi Kolej Komuniti Kuching kerana para pelajar ini tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan sebelum ini,” katanya lagi.

“Oleh yang demikian, peluang yang diberikan ini telah digunakan sebaiknya oleh pelajar untuk mempelajari kemahiran sebenar sebagai peniaga,” tambah beliau.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Bersama makmurkan Satok – Ibrahim
Next: JANGAN DABIK DADA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.