Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beri keutamaan kembali berkhidmat di negeri sendiri
  • TEMPATAN

Beri keutamaan kembali berkhidmat di negeri sendiri

Utusan Sarawak 3 years ago
MOHON PERTIMBANGAN… Thomas Tang merakam kenangan bersama barisan Jawatankuasa Baharu Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah-Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Sibu, Kapit dan Mukah Sesi Tahun 2021-2022, semalam.

SIBU:Guru-guru Sarawak di Semenanjung Malaysia dan Sabah perlu diberi keutamaan untuk kembali berkhidmat di negeri ini memandangkan kerajaan telah menyatakan terdapat kekosongan jawatan mengajar di Sarawak.

Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah-Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Sibu, Kapit dan Mukah, Thomas Tang berkata, pertimbangan khas perlu dilakukan bagi mengisi kekurangan guru di negeri ini.

“Kita berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan khas membenarkan guru-guru Sarawak yang telah lama berkhidmat di Semenanjung Malaysia dan Sabah kembali berkhidmat di negeri ini,” jelasnya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan kali ke-19 di Wisma Huawen Du Zhong, semalam.

Tang berkata, persatuan akan membawa perkara ini kepada Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kementerian pendidikan negeri.

“Kira-kira 30 guru Sarawak di Semenanjung Malaysia dan Sabah telah meminta bantuan persatuan untuk memohon kepada kerajaan agar mereka dapat kembali ke negeri asal untuk mengajar.

“Guru-guru ini telah mengajar di sekolah-sekolah rendah Cina di Semenanjung Malaysia dan Sabah sekurang-kurangnya lima tahun dan ke atas. Mereka menghadapi kesukaran sejak pandemik Covid-19 di Malaysia lebih setahun yang lalu.

“Ada yang terpaksa berpisah dengan pasangan mereka dan menjalani perhubungan jarak jauh. Ada juga yang tidak berkesempatan menjeguk ahli keluarga mereka di waktu kecemasan, orang tua yang sakit.

“Malah, ada yang tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu,” ujarnya.

Beliau berharap kerajaan dapat memberi perhatian terhadap isu ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.

Tang dilantik sebulat suara memangku jawatan Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah-Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Sibu, Kapit dan Mukah untuk sesi tahun 2021-2022.

Mesyuarat turut memilih Tang Sing Lok memegang jawatan setiausaha dan Hii Lik Khing sebagai bendahari.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: SELAMATKAN PROJEK ‘SAKIT’
Next: Terus pelihara kebersihan sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.