Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Berhenti ambil PATI sebagai pekerja
  • NASIONAL

Berhenti ambil PATI sebagai pekerja

Utusan Sarawak 5 years ago
Datuk  Shamsuddin Bardan

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk  Shamsuddin Bardan menggesa semua majikan agar berhenti mengambil pendatang tanpa izin (PATI) sebagai pekerja dan pihak yang telah berbuat demikian menyerahkan mereka kepada kerajaan bagi  mengekang penularan Covid-19.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak seharusnya mendakwa pekerja yang terdiri daripada pendatang tanpa izin sebaliknya mengambil tindakan untuk menghantar mereka pulang ke negara asal masing-masing.

Ini kerana proses pendakwaan memerlukan masa yang lama manakala  penempatan mereka di pusat tahanan akan membazirkan wang pembayar cukai.

“Penahanan seorang pendatang tanpa izin di pusat tahanan menelan kos kira-kira RM70 sehari; cara yang lebih baik untuk kerajaan ialah melakukan proses ujian saringan bagi Covid-19 terhadap mereka dan jika keputusannya negatif, hantar sahaja mereka pulang ke negara asal,” katanya kepada  Bernama ketika dihubungi semalam.

Shamsuddin berkata, kerajaan juga perlu mempertingkat pemantauan ke atas pekerja asing haram kerana mereka tidak memiliki rekod perubatan dan tidak mendapat faedah perubatan.

Pekerja asing yang sah memiliki insurans perubatan yang disediakan majikan masing-masing selain menikmati perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), yang akan menanggung kos perubatan jika pekerja itu jatuh sakit atau perlu dimasukkan ke hospital, katanya.

Berhubung isu tempat tinggal pekerja asing, beliau berkata majikan tidak mampu untuk menambah baik keadaan hidup mereka sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Memaksa majikan mematuhi undang-undang berkaitan standard perumahan minimum pada masa ini boleh menyebabkan banyak pihak terpaksa menghentikan operasi mereka, katanya.

“Majikan (mempunyai kewajipan) untuk menyediakan keadaan hidup yang selamat dan sihat kepada semua pekerja asing yang sah namun sesetengah majikan pada masa ini berdepan kekangan kewangan yang teruk susulan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Menyentuh normal baharu, Shamsuddin mencadangkan agar kerajaan memulakan langkah menghalalkan pemotongan gaji sepanjang tempoh ini bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meringankan beban majikan. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pulau Pinang bentang usul kekosongan kerusi
Next: Tiga etnik Rohingya ‘Geng Tailong’ diberkas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.