Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bergurau melampau juga buli
  • TEMPATAN

Bergurau melampau juga buli

Utusan Sarawak 5 days ago

KUCHING: Tular satu rakaman video sekumpulan pelajar institusi pengajian yang mengangkat seorang rakan hingga terhentak pada tiang papan tanda mencetuskan perdebatan hangat, sama ada ia kejadian buli atau sekadar gurauan keterlaluan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan sebarang perbuatan berbentuk kekerasan fizikal tidak boleh dianggap sebagai gurauan, sebaliknya tetap dikategorikan sebagai buli.

“Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak? Harap pihak polis segera bertindak dengan tegas.

“Semua pelaku juga wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting buat semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi rakaman video berdurasi 13 saat itu yang memaparkan lima pelajar mengangkat rakan mereka sebelum menghentakkan bahagian kelangkang mangsa ke tiang papan tanda, manakala beberapa lagi pelajar lain hanya ketawa menyaksikan kejadian.

Namun, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, menafikan rakaman itu melibatkan kejadian buli.

Katanya, hasil siasatan mendapati ia hanyalah gurauan keterlaluan dalam kalangan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, sempena sambutan hari lahir mangsa pada 19 September lalu.

“Semalam, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar institusi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menafikan insiden itu sebagai buli.

“Hari ini pula, pelajar yang didakwa mangsa turut hadir bersama ibu bapanya dan menjelaskan ia sekadar gurauan tanpa sebarang unsur paksaan atau penderaan,” jelasnya dalam kenyataan.

Mohd Farhan berkata, pihak polis telah memanggil semua pelajar berumur 18 hingga 24 tahun yang terlibat, selain pegawai institusi dan ibu bapa bagi diambil keterangan.

“Hasil siasatan, kes ini diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

“Namun, polis tidak akan berkompromi sekiranya ada bukti baharu menunjukkan wujudnya unsur jenayah buli,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menularkan video berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk menggantung atau membuang mana-mana pelajar terbabit jika terbukti melakukan kesalahan buli.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak meets Maxim to strengthen compliance and passenger safety
Next: Eksklusif: Gurauan melampau tetap buli fizikal, perlu tindakan tegas – Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.