Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Berek pekerja ladang musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Berek pekerja ladang musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 5 months ago

MUSNAH...Pasukan bomba memadamkan sisa kebakaran yang memusnahkan sebuah berek pekerja di sebuah ladang di Batu Niah.

BATU NIAH: Sebuah berek pekerja yang mempunyai enam pintu musnah terbakar dalam kejadian di sebuah ladang dekat sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar 1.06 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian.

“Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah berek pekerja enam pintu jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus. Hanya empat  pintu berpenghuni manakala dua pintu tidak berpenghuni. 

“Kebakaran tiada melibatkan mangsa dan kesemua penghuni selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba  bertindak melakukan pemadaman dengan menggunakan satu  aliran 400 kaki, satu nozel dan sumber air dari jentera.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3..46 petang,” katanya.

Continue Reading

Previous: Dua lelaki melecur rumah pekerja terbakar  
Next: Kenderaan 4WD musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.