Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Beregu badminton wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah muncul juara Masters Jepun 2025
  • SUKAN

Beregu badminton wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah muncul juara Masters Jepun 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
FOTO Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

KUALA LUMPUR: Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah membuktikan keampuhan mereka di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran ketiga musim ini selepas muncul juara Masters Jepun 2025 di Kumamoto, hari ini.

Pada pertembungan akhir di Gimnasium Kumamoto Prefectural itu, pilihan utama kejohanan bertaraf Super 500 berkenaan dipaksa berhempas pulas sebelum mengetepikan beregu tuan rumah yang juga pilihan keempat, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20, 21-19 dalam tempoh 54 minit.

Kejayaan tersebut mengukuhkan rekod cemerlang Pearly-Thinaah yang kini merekodkan tujuh kemenangan daripada sembilan pertemuan menentang pasangan Jepun yang menghuni ranking ketujuh dunia itu.

Gandingan ranking kedua dunia itu meraih gelaran pertama mereka tahun ini pada kejohanan Terbuka Thailand pada Mei, diikuti Terbuka Artik di Vantaa, Finland bulan lepas.

– BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan permotoran diangkat sebagai tarikan utama Tahun Melawat Malaysia 2026
Next: TBBC Sri Aman raih prestasi cemerlang di Twins Championship 103

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.