Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Berbelanja besar, Liverpool tetap kukuh dari segi kewangan
  • SUKAN

Berbelanja besar, Liverpool tetap kukuh dari segi kewangan

Utusan Sarawak 1 day ago

Pemain baharu Liverpool, Hugo Ekitike (tengah) sudah tiba di Hong Kong bagi menyertai rakan sepasukannya mengharungi jelajah pramusim di Asia. – Foto liverpoolfc.com

LONDON: Pelaburan besar Liverpool dalam jendela perpindahan kali ini adalah hasil daripada perancangan jangka panjang, kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Billy Hogan, sambil menambah bahawa kejayaan menjuarai kejuaraan liga divisyen utama England buat kali ke-20 menjadi pemangkin kepada tindakan agresif kelab itu sebagai kuasa bola sepak moden.

Pemain terbaharu yang dibawa masuk ialah penyerang Perancis, Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt menerusi perjanjian bernilai £79 juta (RM483.6 juta) termasuk klausa tambahan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan perpindahan Liverpool musim ini hampir mencecah £300 juta (RM1.84 bilion).

Setakat ini, hasil jualan enam pemain termasuk Trent Alexander-Arnold berjaya menjana sekitar £64 juta (RM391.5 juta).

Jumlah perbelanjaan itu dilihat bertentangan dengan pendekatan berhemah yang sinonim dengan kelab itu sejak sekian lama, namun Hogan menegaskan Liverpool masih tidak menyimpang daripada dasar kewangan mampan yang dipegang selama ini.

“Ia bukan sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba; ia adalah hasil perancangan selama bertahun-tahun.

“Salah satu perkara yang kami sentiasa tekankan adalah ‘kitaran yang sihat’. Menguruskan kelab dengan cara yang betul supaya dapat menjana sebanyak mungkin pendapatan. Itu sudah tentu membantu kami melabur semula ke dalam pasukan.”

“Kesukarannya adalah apabila orang hanya menilai berdasarkan satu musim panas sahaja. Itu boleh mengaburkan data sebenar. Ramai yang mengkritik kami musim panas lalu kerana kononnya tidak berbelanja cukup,” kata Hogan.

Menurut Hogan, pendekatan Liverpool ketika ini mencerminkan aspirasi pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang mahu membina kejayaan selepas memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di bawah kendalian pengurus baharu, Arne Slot.

“Kami juga sedar bahawa selepas memenangi kejuaraan liga ke-20, Liverpool adalah antara kelab terbesar di dunia. Jadi kami mahu bertindak seperti sebuah kelab besar.

“Mempunyai bintang bertaraf dunia bermain di Anfield, mengisi stadium di Hong Kong dan Jepun itu semua adalah perkara yang kami harapkan dan mahu terus lakukan,” katanya.

Liverpool dijadual bertemu AC Milan di Kowloon, Hong Kong pada Sabtu ini, sebelum menentang Yokohama FM dalam saingan J League World Challenge di Yokohama pada Rabu. 

Mereka akan membuka tirai saingan EPL menentang Bournemouth di Anfield pada 15 Ogos ini.

Continue Reading

Previous: Hulk Hogan meninggal dunia
Next: Terbuka China: Tang Jie- Ee Wei tersingkir di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.