Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Berat mata memandang
  • TEMPATAN

Berat mata memandang

Utusan Sarawak 5 years ago
RAMAI BALIK HAMPA … Penduduk di Pakan terpaksa berbaris panjang bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak polis daripada Pondok Polis Pakan untuk keluar dari pekan tersebut ke Bintangor atau Sarikei untuk mengambil duit atau sebarang urusan melibatkan perbankan atau membeli barangan keperluan. Bagaimanapun semalam, ramai yang terpaksa balik hampa kerana hanya 70 orang pertama sahaja diberikan kebenaran tersebut.

ANTHONY PUNAN

KUCHING: ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’, perumpamaan yang amat tepat menggambarkan keadaan penduduk di Pakan ketika ini dihimpit usaha mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menyedihkan ratusan penduduk terpaksa berdepan dengan masalah dan penyiksaan bersusun panjang serta beratur seawal jam 6.00 pagi untuk mendapatkan permit daripada Balai Polis Pakan untuk keluar daerah atau ke pekan Bintangor dan bandar Sarikei.

Derita dan masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama dan makin ‘parah’ ketika PKP, berikutan ramai penduduk di Pakan terpaksa ke Bintangor atau Sarikei untuk sebarang urusan kewangan berikutan di pekan Pakan tidak ada mesin juruwang automatik (ATM).

Keadaan bertambah teruk dengan ramai penduduk sebaik sahaja PKP dilaksanakan dan kerajaan mengumumkan pelbagai bantuan seperti Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) memohon permit untuk keluar dari Pakan untuk menunaikan wang bantuan tersebut atau membeli barangan keperluan di Sarikei atau Bintangor.

Seorang penduduk dari Rumah Gunda, Pakan, Tedong Anak Chakaw ketika dihubungi memberitahu, daripada beratus orang yang terpaksa berbaris panjang, ramai yang terpaksa berpatah balik kerana tidak sanggup menunggu lama.

Manakala pihak polis di Pondok Polis Pakan pula setelah satu mesyuarat, mengehadkan sehingga 70 permit atau kebenaran dikeluarkan kepada pemohon yang layak dalam sehari bermula hari ini (28 April).

Sedangkan penduduk yang mahu bergerak keluar dari daerah Pakan setiap hari sekitar 350 orang atau kadang kala boleh mencecah sehingga 480 orang.

“Kita tahu langkah ini (mengehadkan sehingga 70 orang keluar dari Pakan sehari) adalah langkah terbaik dalam memastikan Pakan terus kekal zon hijau. Tetapi faktor pelaksanaannya juga harus diambil kira.

“Ada tuai rumah yang menghubungi saya, memberitahu terpaksa balik dengan kehampaan kerana hanya 70 permit sahaja dikeluarkan oleh pihak polis dalam sehari,” katanya.

Tedong menjelaskan, ramai yang datang dari Dayu seperti dari Rumah Pangau, Rumah Anding, malah ada yang datang dari Engkamop seawal pagi, namun balik hampa, dan hendak membeli barangan di pekan Pakan tidak dapat kerana tidak ada duit.

“Sebab itu ramai yang menghubungi saya hari ini memberitahu terpaksa berpatah balik. Terpaksa melupakan hasrat mahu ke Sarikei atau Bintangor,” katanya.

Sebagai jalan penyelesaian menurut Tedong, ramai yang memberi kad ATM mereka kepada kawan-kawan atau saudara mara yang dapat permit untuk mengeluarkan duit di Sarikei atau Bintangor.

“Tetapi bagi mereka yang mahu membuat urusan dengan bank, mereka terpaksalah balik dengan hampa. Itulah asam garam rakyat di Pakan dan Julau juga.

“Saya sebelum ini telah memohon jasa baik dari BSN agar menubuhkan khidmat perbankan bergerak di Pakan. Namun masih menunggu keputusan,” tambah Tedong.

Continue Reading

Previous: Beri kerjasama kepada pasukan petugas
Next: Dua premis perniagaan dikenakan kompaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.