Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Berang sejuta ‘point’ permainan Roblox hilang, abang disyaki kelar adik di Parit Raja
  • JENAYAH

Berang sejuta ‘point’ permainan Roblox hilang, abang disyaki kelar adik di Parit Raja

Utusan Sarawak 16 hours ago
ROBLOX… Polis tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin.

JOHOR BAHRU: Polis tidak menolak kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat kelmarin, telah dicederakan oleh abangnya sendiri berusia sembilan tahun akibat pengaruh permainan video dalam talian.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak demikian selepas berang apabila permainan dalam talian Roblox miliknya terganggu hingga menyebabkan kehilangan kira-kira sejuta mata terkumpul (point) selepas mangsa merosakkan telefon bimbit berkenaan.

“Motif masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua ‘point’ yang dikumpulnya hilang.

“Suspek dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan itu dan seolah-olah diarahkan untuk mencederakan ahli keluarganya, sebelum bertindak menyerang adiknya sendiri menggunakan pisau yang terdapat di dalam rumah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

KETUA Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada mangsa yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, bagi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan, masing-masing berusia 40 tahun, telah ditahan reman mulai hari ini hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mangsa dan abangnya kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan pihak polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mereka seperti pesalah lain.

“Bagaimanapun, ibu dan bapa mereka ditahan kerana dipercayai mengetahui mengenai kejadian itu. Namun perkara ini masih dalam siasatan awal dan tumpuan kini diberikan kepada soal siasat ahli keluarga,” katanya.

Ab Rahaman berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi Isnin lalu, mangsa ditemukan dalam keadaan parah dengan kesan kelar di leher kanan akibat senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada pagi hari kejadian.

Menurutnya, wanita itu tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya mengalami kecederaan parah di leher sebelum dibawa ke HSNI untuk rawatan lanjut.

-Bernama  

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tegas perangi dadah: Dua suspek ditahan dalam Ops Tapis Khas
Next: 36 lelaki ditahan dalam Ops Sapu di Balingian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.