Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Berakhirnya perang Iran mungkin tidak turunkan harga minyak global – Pakar
  • SEMASA

Berakhirnya perang Iran mungkin tidak turunkan harga minyak global – Pakar

Utusan Sarawak 3 hours ago
BERAKHIRNYA perang Iran mungkin tidak turunkan harga minyak global. Gambar hiasan.

WASHINGTON: Harga minyak global mungkin tidak turun kembali seperti sebelum konflik, meskipun perang Iran berakhir, menurut pakar antarabangsa, lapor Xinhua.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengancam pada Isnin menerusi platform media sosialnya Truth Social, untuk menghancurkan seluruh negara Iran ‘dalam satu malam’ jika perjanjian gagal dicapai sebelum tarikh akhir malam Selasa yang ditetapkannya untuk Tehran membuka semula Selat Hormuz.

Pakar berpendapat walaupun Iran bersetuju, kerosakan infrastruktur tenaga mungkin mengambil masa untuk dibaiki sepenuhnya, dengan beberapa pakar menganggarkan tempoh tiga hingga lima tahun.

Lebih 40 aset tenaga di seluruh wilayah telah ‘rosak teruk atau sangat teruk’, dan mungkin mengambil masa berminggu-minggu untuk menyelesaikan penghantaran yang tertunda dan eksport tenaga global kembali pulih, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.

Meskipun dengan kemudahan logistik beroperasi pada tahap puncak, “ia akan mengambil masa untuk membersihkan baki minyak, gas dan barangan lain yang dipunggah daripada kapal,” lapor Al Jazeera, memetik Svein Ringbakken, pengarah urusan Persatuan Risiko Perang Bersama Pemilik Kapal Norway.

Ringbakken berkata, hal itu diterukkan lagi dengan serangan yang merosakkan infrastruktur tenaga dan pengangkutan di seluruh Asia Barat.

Menurut pakar, jika permusuhan gagal diselesaikan dan laluan maritim terus disekat, pasaran minyak global boleh menjadi lemah dan jika penghantaran terus terganggu, boleh memaksa perubahan struktur dalam penghantaran dan mendorong harga tenaga jangka panjang yang lebih tinggi, lapor BBC.

“Walaupun perang berakhir esok, ia mungkin akan mengambil masa setahun atau lebih untuk semua kemudahan pengeluaran dan perkapalan dipulihkan sepenuhnya,” kata Dean Baker, pengasas bersama Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Dasar, kepada Xinhua.

Pihak lain telah mengulangi kenyataan sedemikian, menganggarkan bahawa harga minyak akan kekal tinggi akibat konflik di Iran.

“Tekaan saya ialah harga tidak akan kembali ke arah AS$60 (setong) selama beberapa bulan selepas perang tamat,” kata Gary Hufbauer, seorang felo kanan bukan pemastautin di Institut Peterson untuk Ekonomi Antarabangsa, memberitahu Xinhua, sambil menyatakan bahawa harga minyak mentah Brent telah berlegar melebihi paras AS$100 setong.

Pada masa yang sama, Iran telah mula mengenakan bayaran kepada kapal tangki minyak untuk melalui selat itu, dalam beberapa kes sebanyak AS$2 juta setiap kapal, dan parlimennya telah meluluskan undang-undang untuk menguatkuasakan tol ke atas kapal yang transit di laluan air.

Rang undang-undang untuk mengenakan bayaran bagi kapal yang melintasi laluan air utama itu telah diluluskan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, lapor media negara itu pada Isnin.

Tindakan tersebut adalah usaha untuk menegaskan apa yang Iran percaya sebagai ‘peranan berdaulat’ di laluan air, menurut Penyiaran Republik Islam Iran.

Trump berkata pada Isnin, AS, bukan Iran, yang harus mengenakan bayaran tol ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz, sambil menekankan bahawa pembukaan semula Selat itu mesti menjadi sebahagian daripada sebarang perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran.

“Kami perlu mengadakan perjanjian yang boleh diterima oleh saya, dan sebahagian daripada perjanjian itu ialah kami mahukan trafik minyak percuma dan segala-galanya,” kata presiden AS itu.

Felo Kanan Brookings Institution Michael O’Hanlon memberitahu Xinhua, beliau dia tidak melihat peluang untuk laluan air itu dibuka dalam masa terdekat.

Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran telah pun mendakwa bahawa Selat Hormuz telah memasuki ‘realiti baharu’ dan tidak akan kembali kepada status sebelumnya, khususnya bagi AS dan Israel.

Pakar mencadangkan bahawa mengganggu penghantaran kapal melalui selat itu juga boleh menjejaskan Iran, dan Tehran akan menimbang kos kegawatan ekonomi berbanding keselamatan.

“Akan ada perbincangan dalaman di Tehran tentang sejauh mana kesan kegawatan ekonomi berbanding kelebihan keselamatan,” Clay Ramsay, penyelidik di Pusat Kajian Antarabangsa dan Keselamatan di Universiti Maryland, memberitahu Xinhua.

Sementara itu, Tehran memberi amaran tentang tindak balas yang lebih teruk dan meluas jika presiden AS itu mengotakan janjinya untuk menyerang jambatan dan infrastruktur tenaga Iran.

Antara banyak perkara yang dibincangkan ialah cadangan gencatan senjata selama 45 hari, lapor NBC, memetik seorang pegawai kanan Rumah Putih.

Ini berlaku selepas Tehran menolak cadangan Washington, memberi tumpuan kepada keperluan untuk menamatkan konflik secara muktamad, menurut laporan berita. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 1.00 pagi ini
Next: Ops Tiris 4.0 perlu penguatkuasaan tegas elak ketirisan subsidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.