Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bentuk modal insan menerusi program integrasi
  • TEMPATAN

Bentuk modal insan menerusi program integrasi

Utusan Sarawak 3 years ago

Hussaini menerima buah tangan daripada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak Diwarna Azool sebagai tanda penghargaan.

CAROLYNE UTIH

BINTULU: Program integrasi di peringkat universiti mampu melahirkan bakal pemimpin yang mengutamakan kepentingan masyarakat dalam membuat sesuatu keputusan.

Residen Bahagian Bintulu, Datu Jack Aman berkata, salah satu matlamat falsafah pendidikan negara adalah untuk membentuk generasi pelajar sebagai insan yang seimbang dan harmonis.

“Saya berharap dengan pimpinan dan pelaksanaan program ini selama empat hari tiga malam, semua peserta akan dapat membuka minda untuk memiliki kefahaman dan keprihatinan kepada perkara yang menjadi tuntutan maltamat tersebut selaras dengan objektif program ini.

“Saya percaya program ini juga memupuk semangat Keluarga Malaysia yang mana setiap lapisan warga negara adalah sebuah keluarga dalam sebuah rumah besar iaitu Malaysia,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hussaini Hakim pada Majlis Penyerahan Peserta kepada Keluarga Angkat Program Jalinan Integrasi Mahasiswa 2022 di Teratak, Kampung Kuala Nyalau di sini, hari ini.

Melalui program integrasi itu, Jack berharap ia akan membolehkan setiap peserta yang akan menjadi pemimpin pada masa datang dapat memastikan keterangkuman dan kepentingan masyarakat sentiasa diberikan keutamaan dalam membuat keputusan.

Seramai 80 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu mengikuti Program Jalinan Integrasi Mahasiswa 2022 yang diadakan di Kampung Kuala Nyalau di sini selama empat hari tiga malam.

Continue Reading

Previous: Tempoh kempen memadai untuk semua parti bertanding
Next: Pemandangan suram bangunan dihiasi lukisan mural

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.