Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Bentuk generasi muda berdisiplin, berkeyakinan tinggi
  • SUKAN

Bentuk generasi muda berdisiplin, berkeyakinan tinggi

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Lo Khere Chiang bergambar bersama peserta dan penganjur Bengkel Program Sekolah AGG dan majlis penyampaian mijil di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP, semalam.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang hadir menyempurnakan Bengkel Program Sekolah AGG dan Majlis Penyampaian Sijil di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP, semalam.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan program seperti Aesthetic Group Gymnastics (AGG) dalam membentuk generasi muda Sarawak yang berdisiplin dan berkeyakinan tinggi.

“Ini adalah langkah bermakna dalam membentuk masa depan anak-anak Sarawak.

“Program AGG bukan sahaja memupuk kecergasan fizikal, malah turut membina keyakinan diri, disiplin dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta,” katanya.

DATUK Lo Khere Chiang (dua kiri) bersama Shaleen Tay (kiri), Foong Seow Ting (dua kanan) dan Nur Shahkizzan (kanan).

Datuk Lo turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan menyeru agar inisiatif seumpama ini diteruskan demi manfaat belia di kawasan Batu Kitang dan seluruh negeri.

Program anjuran Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) dengan kerjasama Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) itu bertujuan memperkenalkan AGG secara rasmi ke sekolah di seluruh negeri ini.

Bengkel dikendalikan Ketua Program Sekolah MAGGA, Foong Seow Ting yang juga bekas atlet kebangsaan, dengan pembentangan silibus khas AGG untuk tiga peringkat umur iaitu bawah 10, bawah 12 dan bawah 18 tahun.

SEBAHAGIAN daripada ahli jawatankuasa SAGGA merakam momen ceria bersama-sama semasa penganjuran karnival tersebut.

Fokus diberikan kepada pergerakan kreatif, kerja berpasukan serta ekspresi artistik dalam usaha melahirkan generasi gimnas yang berdaya saing dan berkeyakinan tinggi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan AGG hasil koreografi Foong melibatkan para peserta bengkel yang menggabungkan unsur budaya tempatan dengan gerakan artistik, mencerminkan semangat perpaduan dan jati diri belia Sarawak.

Antara sekolah dan kelab yang menyertai bengkel termasuk Mine Dance Studio, Track and Dance, SJK Chung Hua Sungai Lubak, SJK Chung Hua No. 6, SJK Chung Hua 4½ dan SJK Sungai Apong.

Karnival dua hari yang turut mendapat sokongan MILO itu menghimpunkan peserta dari Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur menerusi pelbagai aktiviti pertandingan, bengkel dan persembahan khas.

Sebagai kesinambungan, SAGGA merancang untuk menganjurkan Pertandingan AGG Sekolah Peringkat Negeri Sarawak pada 16 Ogos ini sebagai usaha memperkasakan sukan berasaskan seni di peringkat akar umbi.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arnold diejek penyokong Liverpool
Next: Sepak Takraw Piala Asia: Misi balas dendam Malaysia, jumpa Thailand di final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.