Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Benteng hakisan baharu di Pusat Komuniti Debak siap sepenuhnya
  • WILAYAH

Benteng hakisan baharu di Pusat Komuniti Debak siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam pada majlis simbolik penyerahan tapak projek siap benteng hakisan Dewan Milennea Debak dekat sini kelmarin. Foto ADUN Saribas

DEBAK: Projek bina baharu benteng hakisan di Pusat Komuniti Debak telah berjaya disiapkan, sekali gus mengatasi masalah hakisan tanah di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan kemudahan awam di Debak kekal selamat dan selesa untuk kegunaan orang ramai.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu bukan sahaja menyelesaikan isu fizikal yang dihadapi oleh komuniti, malah turut membuka ruang untuk memperindah serta memperkasakan landskap persekitaran.

“Ia secara tidak langsung memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk setempat,” katanya pada Majlis Simbolik Penyerahan Tapak Projek Siap Benteng Hakisan Dewan Milennea Debak petang semalam.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, projek benteng hakisan di Pusat Komuniti Debak yang bernilai RM200,000 itu merupakan usaha berteusan kerajaan Sarawak yang komited dalam memperkukuh kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar demi kesejahteraan rakyat.

“Kini projek berkenaan telah siap sepenuhnya, jadi tidak ada sebarang kerisauan lagi bagi kita terhadap keselamatan orang ramai yang berkunjung ke sini kelak,” jelasnya.

Turut hadir, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak, Mohammad Khairurani Muhammad Ibrahim dan yang lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak disambut penuh keharmonian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.