Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Benteng air pasang RM2 juta lindungi Kampung Gerigat daripada hakisan dan banjir 
  • Tengah
  • WILAYAH

Benteng air pasang RM2 juta lindungi Kampung Gerigat daripada hakisan dan banjir 

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menyaksikan sendiri status pelaksanaan projek membina benteng air pasang di sepanjang Kampung Gerigat, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Projek membina benteng air pasang di sepanjang Kampung Gerigat, Kabong melibatkan peruntukan berjumlah RM2 juta kini sedang dilaksanakan bagi menangani masalah hakisan pantai serta risiko banjir air pasang yang sering menjejaskan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata projek berkenaan merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuh perlindungan kawasan pesisir, khususnya di penempatan yang terdedah kepada fenomena perubahan cuaca dan kenaikan paras laut.

Menurut beliau, benteng air pasang yang dibina itu diharap mampu memberi perlindungan jangka panjang terhadap kediaman penduduk, infrastruktur kampung serta kawasan pesisir yang menjadi sumber rezeki komuniti nelayan di Kampung Gerigat.

Chee Kadir turut menyaksikan sendiri status pelaksanaan projek tersebut bagi memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar, selaras dengan perancangan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkaitan.

Beliau menegaskan kepentingan semua projek pembangunan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi standard kualiti, supaya manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat dalam tempoh jangka panjang.

Dalam pada itu, Chee Kadir turut menyumbangkan peruntukan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Gerigat bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan persatuan berkenaan.

Beliau berkata sumbangan tersebut diharap dapat memperkasa peranan PNK Gerigat, khususnya dalam menjaga kebajikan para nelayan di samping merancakkan aktiviti yang mampu menjana ekonomi komuniti setempat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Kampung Gerigat, Abang Ahmad Abang Resdi, Pengerusi PNK Gerigat serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PNK Gerigat yang bersama-sama menzahirkan sokongan terhadap pelaksanaan projek berimpak tinggi itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen pencegahan denggi dilancarkan di Padungan
Next: Dato Wee tinjau semula keadaan perparitan di Pusat Komersial Hui Sing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.