Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bengkel persendirian di Kampung Hulu Kabong terbakar, 30 peratus musnah
  • KEBAKARAN

Bengkel persendirian di Kampung Hulu Kabong terbakar, 30 peratus musnah

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANGGOTA PBS Kabong memadam kebakaran bengkel milik persendirian di Kampung Hulu Kabong, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak 

KABONG: Bengkel milik persendirian di Kampung Hulu Kabong dilaporkan terbakar dalam satu kejadian petang tadi, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan rasmi daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan mengenai insiden itu telah diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok pada 1.48 petang.

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, Rahman Kapok.

ANGGOTA PBS Kabong memadam kebakaran bengkel milik persendirian di Kampung Hulu Kabong, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak 

Setibanya pasukan bomba sukarela di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel milik persendirian telah berjaya dipadamkan oleh pemilik bengkel dengan bantuan orang awam. 

Anggota PBS Kabong menjalankan kerja-kerja pemadaman rapi bagi memastikan tiada lagi sisa api atau punca kebakaran yang boleh mencetuskan insiden berulang.

Kebakaran tersebut mengakibatkan kemusnahan kira-kira 30 peratus struktur bengkel dan merebak sebanyak lima peratus ke bahagian rumah pemilik yang berhampiran.

ANGGOTA PBS Kabong memadam kebakaran bengkel milik persendirian di Kampung Hulu Kabong, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak 

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan bantuan pam angkut air terbuka sehingga api padam sepenuhnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.35 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya dua minit kemudian, iaitu pada 2.37 petang.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lapan hektar hutan terbakar, bomba terus giat padam api di Mukah
Next: Lelaki terselamat dalam insiden kereta terbakar di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.