Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bengkel Ngerembaika Pantun Iban 2025, 26-27 Julai ini
  • TEMPATAN

Bengkel Ngerembaika Pantun Iban 2025, 26-27 Julai ini

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER…Persatuan Bakat Dayak Sarikei dengan sokongan Majlis Seni Sarawak (MSS) akan menganjurkan Bengkel Ngerembaika Pantun Iban 2025 pada 26 hingga 27 Julai ini.

SIBU: Persatuan Bakat Dayak Sarikei dengan sokongan Majlis Seni Sarawak (MSS) akan menganjurkan Bengkel Ngerembaika Pantun Iban 2025 pada 26 hingga 27 Julai ini di Rumah Rantai, Luyang Baru, Skim Empuru Sekuau.

Bengkel yang bertemakan ‘Pantun Lanting Bansa, Nyura Budaya Iban’ atau bermaksud ‘Pantun Warisan, Jiwa Budaya Iban’ itu dijangka menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang berminat untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap seni pantun dalam kalangan masyarakat Iban.

Majlis perasmian program berkenaan akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang yang turut dikenali sebagai tokoh yang aktif memperjuangkan seni dan budaya tempatan.

Pengerusi Persatuan Bakat Dayak Sarikei, Asat Nawin berkata bengkel dua hari itu bukan sahaja bertujuan menggilap bakat mencipta pantun malah berperanan sebagai platform untuk memupuk jati diri melalui bahasa dan kesusasteraan masyarakat Iban.

“Jangan malu untuk belajar mengenali bahasa sendiri. Terokailah asal-usul dan kesusasteraan Iban kerana inilah yang akan menjadi teladan kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata peserta akan didedahkan kepada teknik penghasilan pantun yang berkesan selain memahami nilai budaya yang tersirat dalam setiap bait puisi tradisional itu.

Tambahnya, peserta yang menginap di rumah panjang turut dinasihatkan supaya membawa keperluan asas seperti kelengkapan tidur dan kebersihan diri.

Semangat kerjasama antara komuniti, institusi seni dan pemimpin tempatan, bengkel berkenaan diyakini dapat menjadi pemangkin dalam usaha memelihara dan memartabatkan warisan bangsa agar terus difahami serta dihargai generasi kini dan akan datang.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: STB tanam 2,500 pokok di Miri, perkukuh komitmen kelestarian alam sekitar
Next: Waspada risiko jangkitan rabies pada anjing, kucing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.