Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bengkel kesihatan, kebersihan dan zakat harta perkasa ilmu KMKK Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

Bengkel kesihatan, kebersihan dan zakat harta perkasa ilmu KMKK Saratok

Utusan Sarawak 4 days ago

MOHAMAD Duri menghadiri Bengkel Kesihatan, Kebersihan dan Zakat Harta (Emas) yang berlangsung di Dewan Al-Aziz Masjid Al-Muhtadin Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menghadiri Bengkel Kesihatan, Kebersihan dan Zakat Harta (Emas) yang berlangsung di Dewan Al-Aziz Masjid Al-Muhtadin Saratok, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran program seumpama itu amat bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai aspek kesihatan, kebersihan serta kewajipan menunaikan zakat.

“Saya berharap ilmu yang diperolehi ini tidak terhenti setakat di sini sahaja, sebaliknya disebarkan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta seluruh penduduk Saratok,” katanya.

MOHAMAD Duri menghadiri Bengkel Kesihatan, Kebersihan dan Zakat Harta (Emas) yang berlangsung di Dewan Al-Aziz Masjid Al-Muhtadin Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mohamad Duri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan bengkel berkenaan.

Katanya, program ini selaras dengan usaha memperkasakan pengetahuan masyarakat dalam aspek kerohanian, kesihatan dan gaya hidup yang lebih seimbang.

Program yang dimulakan seawal 8.00 pagi itu menampilkan beberapa sesi taklimat penting. Sesi pertama membincangkan kesedaran menunaikan zakat harta khususnya emas, yang disampaikan oleh Pegawai Tabung Baitulmal Cawangan Sarikei, Ustaz Anna Azfar Awi.

Sesi kedua pula menekankan kepentingan menjaga kesihatan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Daerah, Muhammad Sharil Nizam Majid dari Pejabat Kesihatan Daerah Saratok.

Manakala sesi ketiga memberi penekanan terhadap aspek kebersihan dan persekitaran, dikendalikan oleh Penolong Pegawai Persekitaran Majlis Daerah Saratok, Adenan Taip.

Dalam majlis itu, Mohamad Duri turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta yang terdiri daripada KMKK kawasan Saratok sebagai penghargaan terhadap penyertaan dan komitmen mereka.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Saratok, Dr Abd Mualim Shah Abd Rani, Pemanca Sahari Gani, Penghulu Madi Bujang, Penghulu Rajali Bujang serta peserta bengkel.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu anjur kempen derma darah Sabtu ini
Next: Gotong-royong platform kukuh silaturahim masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.