
SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dengan kerjasama Pusat Jagaan Methodist akan menganjurkan bengkel bertemakan Belajar Bahasa Melayu dam Mandarin Melalui Permainan di Pusat Agape Sibu pada 27 September ini.
Bengkel sehari ini adalah terbuka kepada orang ramai termasuk golongan pendidik, ibu bapa serta individu berkeperluan khas.
Bengkel dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi (9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari) bagi pembelajaran bahasa Melayu manakala sesi petang (2.00 petang hingga 5.00 petang) memberi tumpuan kepada pembelajaran bahasa Mandarin.
Penceramah jemputan ialah Tan Kien Hooi, yang berkelulusan Sarjana Pendidikan Khas dari Universiti Macquarie, Australia.
Beliau akan membimbing peserta melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan.
Yuran penyertaan ditetapkan pada kadar RM50 seorang atau RM250 untuk kumpulan (5+1).
Peserta dalam kategori OKU dan ibu bapa akan menerima diskaun 10 peratus, manakala pendaftaran bagi kedua-dua sesi akan menikmati potongan lima peratus daripada kadar asal.
Setiap sesi dihadkan kepada 30 peserta sahaja dan pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Wong Kee Wei di talian WhatsApp 0102750916 atau emel ke mecsibu@gmail.com.
Oleh Akun Giman