
MIRI: Usaha memperkasa bakal usahawan tempatan diperkukuh menerusi penganjuran Bengkel InnovateSarawak: Mulakan Perjalanan, Majukan Perniagaan, merupakan sebuah bengkel komprehensif yang direka khas untuk membantu individu memulakan perniagaan dengan lebih yakin dan tersusun.
Bengkel yang akan berlangsung pada 7 Februari depan, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang di Hab Inovasi Digital TEGAS (TDIH), Miri, memberi pendedahan menyeluruh mengenai proses pendaftaran perniagaan termasuk pengisian borang dan dokumentasi, pemilihan struktur perniagaan yang sesuai, keperluan lesen serta pematuhan peraturan, selain persediaan awal penubuhan syarikat.

Sesi bengkel ini akan dikendalikan oleh Pengarah RS Pusat Cube Sdn Bhd, Sharifah Rafidah Wan Mansor, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang litigasi, pematuhan peraturan dan khidmat nasihat undang-undang.

Menurut penganjur, bengkel ini bertujuan membimbing peserta memahami asas-asas penting sebelum melangkah ke dunia keusahawanan, sekali gus mengurangkan risiko kesilapan awal dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan perniagaan.
Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar awal melalui pautan bit.ly/WS26_2MYY.