Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bencana: Penghantaran bantuan makanan ke rumah panjang diteruskan
  • WILAYAH

Bencana: Penghantaran bantuan makanan ke rumah panjang diteruskan

Utusan Sarawak 3 months ago

Anggota bomba dari BBP Tatau bersama petugas agensi lain bersiap sedia untuk misi penghantaran bantuan makanan ke rumah panjang yang terjejas banjir.

TATAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pelbagai agensi melaksanakan misi penghantaran bantuan makanan ke beberapa rumah panjang yang terputus bekalan akibat banjir di sini, hari ini.

Menurut jurucakap JBPM Sarawak, misi yang bermula pada jam 1.22 petang hingga 4.10 petang itu melibatkan penghantaran ke Rumah Arjey, Rumah China dan Rumah Edward Jalin menggunakan bot bomba, bot Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan bot Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) RowlinAsong dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, dengan kekuatan tiga anggota serta sebuah bot bomba. 

Sebanyak 173 pek makanan dan 173 kampit beras dengan jumlah keseluruhan 2,283 kilogram dihantar kepada penduduk yang terjejas. 

Pengagihan bantuan itu melibatkan pelbagai aset dan logistik, antaranya bot bomba membawa 40 pek makanan seberat 320 kilogram, bot PDRM mengangkut 33 pek makanan seberat 264 kilogram, dan bot PPD membawa 100 pek makanan seberat 800 kilogram serta 173 kampit beras dengan jumlah keseluruhan 919 kilogram.

Operasi turut melibatkan Pejabat Daerah Tatau, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). 

Penghantaran bantuan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa bagi memastikan keperluan asas penduduk yang terjejas akibat bencana dapat dipenuhi dengan segera.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Banjir: 30 mangsa banjir tiga kampung di Dalat dipindahkan
Next: Hantar bekalan makanan ke tiga rumah panjang, ambil masa empat jamĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.