Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bencana banjir Aceh: Enam rakyat Malaysia selamat pulang, seorang masih hilang
  • SEMASA

Bencana banjir Aceh: Enam rakyat Malaysia selamat pulang, seorang masih hilang

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBAHAGIAN jalan dan sawah padi rosak akibat banjir kilat di Langsa, Sumatera Utara, baru-baru ini. Foto AFP

SEREMBAN: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus memantau serta menangani situasi bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh, Indonesia.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat semalam, tujuh rakyat Malaysia dikenal pasti terkandas akibat banjir, dan daripada jumlah itu seorang masih hilang manakala enam individu telah selamat pulang ke tanah air.

“Bagi mangsa hilang (Asrul Nizam Apridwson), operasi pencarian memasuki hari ke-23 masih diteruskan dan buat masa ini tiada pemakluman terkini daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung mangsa,” katanya kepada kepada pemberita selepas Program Khatan Perdana Taman Pinggiran Senawang, di sini hari ini.

PENDUDUK berlindung di bawah pokok selepas banjir kilat di Aceh Tamiang, Sumatera Utara, baru-baru ini. Foto AFP

Berhubung status pelajar, Mohamad berkata Education Malaysia di Jakarta melaporkan sebanyak 49 pelajar Malaysia berada di Provinsi Aceh, dengan 24 daripadanya masih berada di sana manakala 25 lagi selamat pulang ke tanah air, setakat 16 Dis lepas.

“Pelajar kita di Provinsi Aceh berada dalam keadaan selamat dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyalurkan bantuan kewangan RM500 kepada pelajar Malaysia terkesan di Indonesia,” katanya.

Mohamad berkata secara keseluruhan, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia melaporkan sebanyak 1,071 orang terkorban, 185 masih dilaporkan hilang dan lebih 525,868 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara akibat bencana tersebut, setakat semalam.

Beliau berkata Indonesia juga menganggarkan kos keseluruhan bagi proses pemulihan dan pembinaan melebihi RM12.7 juta (51.82 trilion rupiah) bagi ketiga-tiga wilayah tersebut.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak catat tangkapan dadah tertinggi dalam tempoh sedekad
Next: Kutipan zakat meningkat perkukuh peranan Baitulmal Sarawak – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.