Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belum fikir rombakan Kabinet, Rafizi, Nik Nazmi masih bercuti – PM Anwar
  • SEMASA

Belum fikir rombakan Kabinet, Rafizi, Nik Nazmi masih bercuti – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memikirkan untuk melaksanakan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata secara prinsipnya kedua-dua menteri berkenaan sedang bercuti dan masih belum boleh digantikan.

“Belum, mereka masih bercuti. Kita tidak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini diikuti Ahli Parlimen Setiawangsa yang mengambil langkah sama berkuat kuasa 4 Julai.

Keputusan berkenaan susulan kegagalan mereka mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025-2028 minggu lepas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam memaklumkan Anwar telah menerima surat permohonan cuti serta pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi dan Nik Nazmi.

Kenyataan itu memaklumkan Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka dan sebarang keputusan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jemaah berpuas hati, kafeteria disediakan TH saji menu Malaysia
Next: Korea Selatan sedia perluas kerjasama bidang pembangunan dengan Malaysia- Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.