Belukar seluas satu hektar terbakar di Pantai Lutong

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN belukar seluas satu hektar di Jalan Pantai Lutong, Miri tengah hari tadi. Foto Bomba

MIRI: Belukar seluas kira-kira satu hektar terbakar di Jalan Pantai Lutong, di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.11 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi pada 12.25 tengah hari dan mendapati kebakaran sedang berlaku di kawasan belukar.

PADAM…Anggota bomba berusaha memadamkan
kebakaran belukar di Jalan Pantai Lutong, Miri hari ini. Foto Bomba

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu nozel air daripada pam jentera.

“Empat unit pemukul api turut digunakan bagi memadamkan kebakaran sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman bermula pada 12.26 tengah hari dan selesai pada 1.25 petang.

Oleh Liong Chai Ling