Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia SUPP lawat BBP Batu Lintang tingkat kesedaran cegah bencana
  • TEMPATAN

Belia SUPP lawat BBP Batu Lintang tingkat kesedaran cegah bencana

Utusan Sarawak 8 hours ago
AHLI Sayap Belia SUPP Cawangan Batu Kitang bergambar bersama Dato Lo Khere Chiang serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

KUCHING: Sayap Belia Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang hari ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan bencana dan kemahiran penyelamatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata program tersebut memberi pendedahan kepada belia tentang tugasan harian anggota bomba selain memperkenalkan prosedur operasi kecemasan yang perlu diketahui oleh masyarakat umum.

ANGGOTA bomba memberi taklimat keselamatan. 

“Lawatan ini bukan sahaja mendidik golongan muda menghargai pengorbanan anggota bomba, tetapi juga melengkapkan mereka dengan pengetahuan asas pencegahan kebakaran serta kemahiran menyelamatkan diri,” katanya. 

Menurutnya, pencegahan merupakan langkah utama bagi melindungi nyawa dan harta benda, justeru usaha memperkasa belia melalui pendedahan sebegini harus diperluas kepada lebih banyak komuniti.

SESI penerangan mengenai kenderaan bomba.

Rombongan yang diketuai Lo bersama Ketua Belia Alvin Chong itu turut diberi taklimat mengenai langkah keselamatan menghadapi kebakaran, cara penggunaan alat pemadam api dengan betul serta kaedah membantu mangsa ketika kecemasan. 

Selain itu, mereka juga berpeluang melihat kenderaan dan peralatan penyelamatan yang digunakan dalam operasi bomba.

Program itu turut memberi manfaat kepada ahli belia dengan memperkukuh semangat berpasukan dan rasa tanggungjawab sosial mereka dalam usaha membina komuniti yang lebih selamat.

Oleh Amanda L. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Advokasi Merdeka didik generasi muda patuhi undang-undang jalan raya
Next: Sarawak perkenal undang-undang baharu kawal sisa sawit di tanah NCR hujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.