Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Belia serlah potensi inovasi AI rentas sempadan
  • TEKNOLOGI

Belia serlah potensi inovasi AI rentas sempadan

Utusan Sarawak 2 days ago
RAKAM KENANGAN...Acara sulung Sarawak-Singapore Friendship AI Vibe Design Hackathon melabuhkan tirainya dengan menampilkan hasil inovasi dan kerjasama rentas sempadan yang membanggakan di Makeramai Makerspace, hari ini.

KUCHING: Acara sulung Sarawak-Singapore Friendship AI Vibe Design Hackathon melabuhkan tirainya dengan menampilkan hasil inovasi dan kerjasama rentas sempadan yang membanggakan di Makeramai Makerspace, hari ini.

Program tersebut dianjurkan bersama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan AI Visionary Society dari Singapura, menghimpunkan seramai 40 peserta berbakat termasuk 10 peserta antarabangsa dari Taiwan, Belarus, Kanada, United Kingdom dan Singapura, selain 30 pelajar dari universiti tempatan di seluruh Sarawak.

Selain itu, program ini menjadi wadah bagi golongan muda memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan penyelesaian reka bentuk kreatif yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. 

Kepelbagaian budaya dan kreativiti belia Sarawak turut menjadi inspirasi utama penganjuran acara tersebut.

Pengasas AI Visionary Society, Soh Wan Wei berkata beliau terinspirasi dengan visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang melihat AI bukan sekadar teknologi tetapi sebagai alat yang memberi manfaat kepada masyarakat.


“Reka bentuk sudah sebati dengan orang Sarawak. Saya tersentuh apabila Premier Sarawak menyebut tentang bagaimana AI harus dilihat sebagai sesuatu yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili pula menekankan bahawa program ini membuka ruang penting untuk belia menonjolkan bakat mereka.


“Program ini menyediakan platform kepada belia tempatan untuk mempamerkan kreativiti menggunakan AI sekali gus menghasilkan produk yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya.

Dekan Fakulti Pengkomputeran dan Media Kreatif Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Dr Alan Ting, turut menyifatkan program itu sebagai bukti kemampuan pelajar Sarawak bersaing di peringkat global.


“Kejayaan mereka mencerminkan komitmen UTS untuk melahirkan bakat, inovasi dan impak dunia sebenar melalui AI dan reka bentuk,” jelasnya.

RAKAM KENANGAN… Acara sulung Sarawak-Singapore Friendship AI Vibe Design Hackathon melabuhkan tirainya dengan menampilkan hasil inovasi dan kerjasama rentas sempadan yang membanggakan di Makeramai Makerspace, hari ini.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, atas sokongan beliau sebagai peneraju inisiatif belia berteraskan AI di Sarawak. 

Turut diraikan ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu yang hadir sebagai tetamu kehormat dan dijadual menyampaikan hadiah kepada pemenang. 

Kehadiran beliau dianggap signifikan kerana secara peribadi mencerminkan semangat persahabatan rentas sempadan yang diraikan dalam program ini.

Kejayaan program turut diperkukuh oleh Lovart sebagai penaja rasmi hadiah utama dengan sumbangan bernilai A$D3,160. 

Hadiah itu merangkumi wang tunai A$D1,000 dan empat langganan Lovart Pro Membership selama enam bulan bernilai A$D2,160. 

Sumbangan ini menunjukkan komitmen bersama dalam memperkasakan inovator muda dengan ganjaran dan akses kepada teknologi reka bentuk terkini.

Selain itu, Lovart yang dikenali sebagai agen reka bentuk kreatif telah memainkan peranan penting dengan menyediakan akses kepada alatan AI termaju bagi membantu peserta menghasilkan elemen visual. 

Peserta juga diwajibkan menggunakan NewHero AI untuk menghasilkan bahan promosi media sosial melengkapkan keseluruhan pendekatan reka bentuk dan pemasaran.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak lancar inovasi hijau, sisa isirung kelapa sawit dijana jadi tenaga baharu
Next: RoboClash 2025 pacu minat pelajar ke arah inovasi dan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.