Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Belia Sarawak tonggak perpaduan negeri – Abdul Karim
  • SEMASA

Belia Sarawak tonggak perpaduan negeri – Abdul Karim

Utusan Sarawak 1 day ago
KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta kenamaan lain bergambar bersama pemenang sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 di Serian, hari ini.

SERIAN: Golongan belia dilihat sebagai ejen penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian negeri, sejajar dengan kedudukan Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata keharmonian yang wujud dalam kalangan belia pelbagai latar belakang etnik dan agama di Sarawak merupakan simbol kekuatan sosial yang wajar dipelihara dan dijadikan contoh.

“Nilai kebersamaan dan saling menghormati yang diamalkan oleh para belia di Sarawak membuktikan bahawa negeri ini benar-benar layak digelar sebagai ‘Negeri Perpaduan’.

“Justeru, usaha untuk mengekalkan suasana aman dan bersatu padu ini perlu digembleng secara berterusan,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Sambutan tahun ini membawa tema “YAKIN BOLEH”, yang mencerminkan keyakinan tinggi Kerajaan terhadap potensi dan kebolehan golongan belia sebagai pemangkin kemajuan negeri dan negara.

Tambah beliau, belia merupakan aset negara yang amat berharga dan perlu dilibatkan secara aktif dalam arus pembangunan secara menyeluruh.

“Kita mahu para belia terus menyumbang secara bermakna, bukan sahaja dalam bidang ekonomi dan sosial, tetapi juga dalam pembentukan jati diri serta semangat patriotik yang tinggi,” ujarnya.

Beliau turut menekankan pentingnya merapatkan jurang sosial antara golongan belia dan masyarakat menerusi pelbagai program kemasyarakatan dan kesukarelawanan.

“Dengan penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, belia dapat membina nilai empati, kepimpinan serta semangat kekitaan yang tinggi, sekali gus menjadikan mereka lebih peka terhadap keperluan komuniti dan negara,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa komited terhadap pembangunan belia menerusi pelbagai inisiatif dan program strategik yang dirangka secara inklusif.

Majlis sambutan Hari Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 diadakan di Bahagian Serian, dengan pelbagai pengisian termasuk penganugerahan kepada belia cemerlang, pameran agensi serta aktiviti interaktif yang melibatkan penyertaan belia dari seluruh negeri.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengendalian dron tanpa permit dilarang
Next: KPWKM teliti bantuan tambahan waris anggota FRU terkorban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.