Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Belia Sarawak pemangkin kemajuan masa hadapan
  • SUKAN

Belia Sarawak pemangkin kemajuan masa hadapan

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAH BATON…Iszuan Haroni menyerahkan baton Hari Belia Negara kepada Presiden Majlis Belia Malaysia Negeri Sabah Abqaree Fawwas Abekan disaksikan oleh Henry Sum Agong, Matbali Musah dan Yusuf Yacob.

LAWAS: Golongan belia Sarawak memikul tanggungjawab besar dalam memastikan negeri ini terus maju dan makmur pada masa hadapan, kata Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

Menurut beliau, platform yang disediakan oleh Pertubuhan Kebangsaan Belia Sarawak (Saberkas) mampu melahirkan generasi pelapis yang berpotensi untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negeri.

SABERKAS SARAWAK…belia Saberkas berhimpun dipekan Merapok sebelum bergerak ke sempadan Merapok-Sindumin.

“Usaha untuk memajukan dan memakmurkan Sarawak tidak terhenti pada kepimpinan hari ini sahaja, malah wajib diteruskan oleh kepimpinan belia sebagai generasi pewaris,” katanya ketika merasmikan Larian Baton sempena Hari Belia Negara 2025 Zon Borneo di Pekan Merapok, hari ini.

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab bersama baik golongan muda mahupun yang lebih berusia untuk memastikan Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam pelbagai aspek kemajuan.

MEMIMPIN PERGERAKAN…rombongan belia Sarawak diketuai Henry Sum Agong memasuki kawasan Pos Sempadan Imigresen Merapok-Sindumin.

“Memang merupakan tugas dan tanggungjawab kita bersama yang muda mahupun yang tua harus maju ke depan untuk memastikan negeri kita bukan sahaja maju dan makmur tetapi lebih cemerlang pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Henry turut menyatakan penghargaan terhadap pembangunan belia di Sarawak yang dibentuk melalui acuan budaya tempatan menerusi Saberkas dan menyeru agar belia terus melangkah ke hadapan dalam pelbagai bidang.

BELIA BORNEO…kelihatan belia Sarawak memenuhi kawasan Pos Sempadan Merapok-Sindumin selepas penyerahan baton Hari Belia Negara sambil disambut sekitar lima puluh orang Majlis Belia Malaysia negeri Sabah.

“Masa depan negeri ini bergantung kepada anak-anak muda kita hari ini. Inilah pesanan seorang tua kepada anak-anak Sarawak, mereka adalah harapan kita untuk masa depan yang lebih baik, lebih maju dan makmur,” tambahnya.
Larian Baton merupakan acara tahunan sempena Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung sepanjang bulan Jun dan akan berakhir di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini.

Delegasi pelari dari Sarawak terdiri daripada wakil Saberkas Cawangan Bukit Sari, Saberkas Ba’kelalan, belia Merapok serta pelajar-pelajar dari SMK Merapok.

Penyerahan baton dilakukan oleh Setiausaha Kerja Saberkas Sarawak, Iszuan Haroni yang mewakili Setiausaha Agung Saberkas Sarawak yang juga ADUN Daro, Syafie Ahmad.

Kemuncak acara menyaksikan penyerahan baton Hari Belia Negara daripada Iszuan kepada Presiden Majlis Belia Malaysia Negeri Sabah, Abqaree Fawwas Abekan.

Majlis turut disaksikan oleh Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan ADUN Sindumin Sabah Datuk Yusuf Yacob.

LARIAN BATON…Iszuan Haroni membawa baton memasuki perkarangan pos sempadan Sarawak-Sabah sambil diiringi ratusan belia Saberkas daripada Lawas.

Baton tersebut akan dibawa meneruskan perjalanan ke Sabah sebelum menuju ke destinasi akhir di Kuala Lumpur.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Exco Saberkas Sarawak Steve Lius, Awangku Bahar Pengiran Jini, Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Sari Kr Abu Bahrin Reduan dan pemangku Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan Bidin Untong.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Zii Jia sah tolak tawaran sertai RTG
Next: Saberkas penting bina pemimpin pelapis di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.