Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia perlu aktif dalam kegiatan sihat bentuk jati diri dan disiplin
  • Tengah
  • WILAYAH

Belia perlu aktif dalam kegiatan sihat bentuk jati diri dan disiplin

Utusan Sarawak 7 hours ago
FRIDAY Belik merakam gambar kenangan bersama hadirin pada Upacara Perasmian Kejohanan Bolasepak Tujuh Sebelah Terbuka anjuran SK Sungai Klampai bersama PIBG, petang semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Penglibatan aktif golongan belia dalam kegiatan sukan merupakan asas penting dalam membentuk jati diri dan disiplin yang tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata penyertaan aktif para belia dalam kegiatan sihat seperti sukan bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, malah membantu membentuk keperibadian dan disiplin diri.

“Nilai-nilai ini amat penting bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Upacara Perasmian Kejohanan Bolasepak Tujuh Sebelah Terbuka anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Klampai bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), petang semalam.

Sebanyak 32 pasukan dari seluruh daerah di Sarawak mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, yang turut menampilkan beberapa pemain terkenal bola sepak Sarawak yang kini beraksi dalam Liga Malaysia.

Friday menambah, kejohanan seumpama itu juga menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia yang berpotensi mewakili Saratok, Bahagian Betong dan Sarawak ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa bangga dengan perubahan positif yang berlaku di SK Sungai Klampai dari segi pembangunan fizikal sekolah tersebut.

“Sebagai sokongan kepada usaha pihak sekolah, saya bersetuju untuk membantu membina sebuah gelanggang dan dewan baharu pada tahun hadapan,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM7,000 kepada PIBG sekolah berkenaan bagi menyokong aktiviti pembangunan dan kebajikan pelajar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: IPD Lubok Antu terus giat Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah, Operasi Tapis Khas
Next: ADUN Kabong zahir penghargaan atas komitmen tinggi PBS Kabong bantu masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.